Tempatan

Solat Jemaah Online Dengan Kekasih, Persenda Islam – Timbalan Menteri Agama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 15 Mac 2022 – Tindakan sepasang kekasih melakukan solat jemaah secara online dalam yang tular di aplikasi Tik Tok dan Instagram baru-baru ini dianggap ibarat mempersendakan Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menempelak tindakan itu yang dengan jelas mempermainkan Islam dan hukum-hakam agama.

“Saya nasihatkan, berpada-padalah dalam media sosial, jangan terbawa-bawa sampai buat content berbentuk keagamaan, yang kemudian tular hingga menjejaskan keharmonian masyarakat.”

Menurutnya, perbuatan itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah jika didapati bersalah si pelaku juga boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen atau undang-undang sedia ada,” ujarnya.

Beliau dengan tegas mengatakan bahawa tindakan itu tidak boleh dibiarkan dan tindakan undang-undang mestilah diambil.

Terdahulu, audio visual ‘solat jemaah online pakwe makwe’ telah tular di media sosial yang menunjukkan pasangan dipercayai kekasih sedang melakukan solat jemaah bersama-sama menerusi panggilan video atau video call.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: