Tempatan

Sekolah Vernakular Tidak Layak Menerima Dana Awam – Surat Terbuka Buzze Azam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
8-1 Jalan Sinar 1
Pusat Komersial Sinar Sentul
55100 Sentul
Kuala Lumpur 29 hb November 2022

Encik Chen Taijin
Pengerusi Dong Zong
Blok A Lot 5
Seksyen 10
Jalan Bukit,
Taman Bukit Mewah,
43000 Kajang
Selangor

Salam Sejahtera En Chen,

Perkara: 11 Cadangan Dong Zong

Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan saya menulis surat ini berdasarkan laporan media Malaysia Today bertarikh 26 November 2022 yang boleh di baca melalui pautan https://www.malaysia-today.net/2022/11/26/dong-zong-gesa-kerajaan-baru-iktiraf-uec-dan-beri-peruntukan-secara-kekal/

2. Laporan Malaysia Today berkenaan adalah memetik sumber daripada Sin Chew Daily yang melaporkan berkaitan Mesyuarat Bersama Persatuan Pengarah Sekolah Cina di Malaysia kali ke 93 yang di pengerusikan oleh tuan.

3. Untuk tujuan formaliti surat ini, saya adalah Plaintif dalam kes Mahkamah Persekutuan Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz v Menteri Pendidikan Malaysia & Anor yang dilaporkan dalam Malayan Law Journal di sitasi [2020] 1 MLJ 398.

4. Kes berkenaan pastinya dalam pengetahuan dan makluman tuan iaitu cabaran sulung saya di Mahkamah Persekutuan terhadap Kerajaan Persekutuan berkaitan isu keperlembagaan Sekolah Vernakular.

5. Saya merujuk kepada 6 daripada 11 Cadangan Dong Zong berkaitan pengiktirafan sijil UEC dan permohonan peruntukan Kerajaan untuk sekolah-sekolah vernakular untuk dikemukakan kepada pihak Kerajaan Persekutuan seperti berikut :-

Cadangan Kedua:- Berdasarkan hal pendidikan bahasa ibunda dan sistem pendidikan pelbagai aliran yang dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang negara kita, Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menginstitusikan dan memperuntukkan sumber secara saksama dan memperuntukkan dana untuk pendidikan pelbagai aliran mengikut keperluan masyarakat.

Cadangan Keempat:- Kerajaan dikehendaki mengagihkan dana, guru dan peralatan rangkaian kepada sekolah di semua peringkat secara adil dan seimbang, bagi memperbaiki jurang pendidikan bandar dan luar bandar serta menyediakan persekitaran pendidikan yang mantap dan selamat.

Cadangan Kelima :- Menggesa Kerajaan mengiktiraf sijil UEC secepat mungkin sebagai kelayakan kemasukan ke Universiti Awam dan organisasi perkhidmatan awam. Pada masa yang sama, Kerajaan juga digesa merangka mekanisma untuk membida sekolah menengah cina swasta secepat mungkin, dan memperuntukkan dana secara sistematik bagi memenuhi permintaan.

Cadangan Kelapan:- Kerajaan dikehendaki menggubal sistem latihan guru yang komprehensif untuk menyelesaikan sekali dan untuk semua kekurangan guru Cina di sekolah rendah cina dan sekolah menengah kebangsaan dan kelas bahasa cina.

Cadangan Kesembilan:- Menggesa Kerajaan memulihkan status undang-undang “Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan”, memenuhi janji tahun ini, dan menambah baik keadaan pembangunan sekolah menengah jenis kebangsaan.

Cadangan Kesebelas:- Menggesa Kerajaan untuk merumuskan sistem pembesaran dan penempatan semula yang menyeluruh untuk semua sekolah bagi memastikan mereka mempunyai bahagian yang saksama dalam sumber pendidikan negara, dan Kerajaan melaksanakan perancangan pembinaan sekolah bagi semua sekolah asal, termasuk semua dana dan sekolah, tanah yang diperlukan untuk penempatan semula dan pembinaan sekolah mikro, supaya sekolah itu dapat disiapkan dengan jayanya.

6. Saya menyatakan bahawa kesemua 6 daripada 11 cadangan pihak tuan ini tidak boleh dikemukakan kepada pihak Kerajaan Persekutuan berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh YA Hakim Mohd Nazlan Bin Mohd Ghazali, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 hb Mac 2022 seperti dilaporkan Mohd Alif Anas Md Noor & Ors v Menteri Pendidikan Malaysia & Anor [2022] 6 MLRH 352.

7. Pihak tuan adalah Defendan keenam dalam Tindakan Saman Sekolah Vernakular di atas dan semestinya pihak tuan mempunyai pengetahuan tentang perenggan 92 dan 93 dalam Penghakiman bertulis YA Hakim Mohd Nazlan seperti berikut :-

[92] In other words, a vernacular school, which is an educational institution under the Education Act 1996 cannot at the same time be the public authority which maintains the school in the first place. In this context, given the wide definition of public authority in Article 160 (2) which includes the Federal Government, there is reasonable basis to contend that the public authority for the vernacular schools is the Minister of Education.

[93] For all these reasons, in my judgment, a vernacular school is neither a statutory authority nor a public authority, and consequently its use of a non-Malay medium of instruction for teaching (teaching in) is not for an official purpose, and is therefore protected by the proviso or exception in Article 152 (1) (a) of the Federal Constitution.

8. Kedua-dua perenggan di atas menunjukkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Sekolah Vernakular bukanlah satu badan berkanun atau pihak berkuasa awam menurut tafsiran Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan.

9. YA Hakim Mohd Nazlan dalam perenggan 79-81 Penghakimannya turut menyatakan bahawa :-

[79] In its judgment, the Federal Court in Merdeka University held that a university established under the Universities and University Colleges Act 1971 has the requisite public element, because it is subject to some degree of public control in its affairs and involves a number of public appointments to office in its framework, acts in the public interest and is eligible for grants-in-aid from public funds. A university can receive grants-in-aid authorized by Parliament under Section 11 and for this purpose the Minister of Education would be responsible for the establishment of the campus and for the acquisition of land. In addition, it was stated that under Section 3 of the Universities and University Colleges Act 1971 the Minister of Education is responsible for the general direction of higher education and the administration of the Act.

[80] The Minister of Education also has certain functions in relation to student activities and discipline. The constitution of a university too must contain provisions for all matters set out in the schedule to the Act and these give wide powers to the administration of the university. The appointment of the Chancellor and Vice-Chancellor is to be made by His Majesty YDPA on ministerial advice and after consultation with the Council of the university. His Majesty also has power to amend the constitution of a university at any time and by order exempt, vary or add to any of the provisions of the schedule to the Act.

[81] A university is therefore a “public authority” within the meaning of art 160(2) where a university is also a statutory authority exercising powers vested by it under federal law. Having Chinese as a medium of instruction in the proposed university would as such be a use of the language for an “official purpose”, which use is therefore prohibited under art 152(1) and not protected under art 152(1)(a).

10. Perenggan 79-81 Penghakiman di atas menunjukkan selepas YA Hakim Nazlan membuat perbandingan antara kes Universiti Merdeka dengan kes di hadapan beliau, selepas menilai unsur-unsur kawalan dan hak kerajaan Persekutuan terhadap Universiti Awam berbanding sekolah vernakular, maka YA Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Universiti Awam adalah “pihak berkuasa awam” dan juga badan berkanun seperti dimaksudkan di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, manakala Sekolah Vernakular bukan bertaraf pihak berkuasa awam atau badan berkanun.

11. Oleh sebab Sekolah Vernakular bukanlah pihak berkuasa awam atau badan berkanun, ianya TIDAK LAYAK MENERIMA APA-APA BANTUAN DARIPADA DANA AWAM PERSEKUTUAN seperti dibezakan dengan hak Universiti Awam dalam perenggan 79 Penghakiman YA Hakim Mohd Nazlan di atas.

12. Oleh itu, saya menasihatkan pihak tuan untuk mengikut saranan yang telah dibuat oleh Encik Ngan Teng Ye, Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) seperti dilaporkan Malaysiakini pada 28 November 2022 yang boleh di baca di pautan https://m.malaysiakini.com/news/646002 yang menyifatkan mereka yang menimbulkan semula isu pengiktirafan UEC kepada Kerajaan Baru sekarang adalah golongan “mereka yang berfikiran sempit” agar berhenti membuat desakan demikian dalam keadaan Kerajaan wajar menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi negara terlebih dahulu.

13. Berkaitan isu pengiktirafan UEC pula, saya menasihatkan tuan mendengar sendiri pandangan tidak setuju YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (ketika itu) ketika beliau ditanya wartawan Astro Awani berkaitan desakan pengiktirafan sijil UEC yang juga dikemukakan oleh pihak tuan kepada YB Maszlee Malik, Menteri Pendidikan (Ketika itu) yang boleh didengar kembali oleh pihak tuan di pautan https://www.youtube.com/watch?v=a6x4hFlsR4w&ab_channel=AstroAWANI

14. Semoga dengan surat ini, tuan boleh kembali ke alam nyata, akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan belajarlah hidup berharmoni sambil menghormati kaum-kaum lain serta menjunjung Perlembagaan Persekutuan.

Sekian dan terima kasih.

Saya yang ikhlas,
MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: