Tempatan

Soal Agama, Soal Akidah, Jangan Cuba Bakar Api – Ustaz Masridzi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 – Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi bin Sat menegaskan bahawa jangan ada mana-mana pihak yang cuba membakar api sentimen agama dan sentimen perkauman dalam isu mempertahankan akidah tiga anak-anak mualaf.

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

“Tetapi dalam soal agama, soal akidah, jangan cuba membakar api! Jangan cuba membakar sentimen agama dan sentimen perkauman. Cukuplah isu kes Natrah menjadi saksi dalam negara kita. Cukuplah kes Indira Gandhi, menjadikan hati kita, umat Islam dikeronyok, sedih! Cukuplah isu arwah Adib yang tidak ada pembelaan sehingga hari ini,” ujarnya dalam Himpunan Solidariti Pertahan Akidah 3 Mualaf yang digerakkan oleh PEMBELA di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau menegaskan, kehadiran semua NGO Islam dalam himpunan solidariti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bukannya untuk mencampuri hal rumah tangga orang, tetapi untuk menunjukkan solidariti kepada saudara seislam, yakni kepada ketiga-tiga anak tersebut.

“Isu yang kita hadir hari ini bukan isu mahu campur rumah tangga orang. Rumah tangga boleh diselesai dengan baik. Kita ada banyak mahkamah yang boleh selesaikan hal rumah tangga. Tetapi kita hadir pada hari ini berkaitan dengan solidariti kita kepada saudara kita. ‘Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara’.”

“Maka apabila anak-anak tersebut telah memeluk Islam secara sukarela dan mengucap dua kalimah syahadah, mereka adalah saudara kita.”

Dalam sidang media itu, Ustaz Masridzi turut menyatakan kekesalan beliau selepas peristiwa demi peristiwa melibatkan daripada Muslim menjadi murtad tidak mendapat pembelaan yang jitu dan kukuh. Walhal, Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Cukuplah dengan peristiwa demi peristiwa. Saya malas nak buka fail. Sudah berpuluh-puluh kes seperti ini yang kita selamatkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor dulu. Sejak tahun 90-an dulu. Kes Aishah Bokhari, kes Hartina Kamaruddin, kes Lina Joy, macam-macam kes yang mana kita dapat melihat tidak ada pembelaan yang jitu, yang kukuh di dalam negara yang di dalam Perlembagaan menyebutkan agama Islam agama Persekutuan.”

Bukan sahaja tidak mendapat pembelaan yang kukuh, Majlis Raja-Raja Melayu juga dilihat tidak melakukan apa-apa pembelaan dalam perkara ini.

“Tidak ada pembelaan yang khusus dari Majlis Raja-Raja Melayu dalam mengubah Perlembagaan supaya meletakkan Islam itu sesuai dengan sumpah Baginda, untuk meletakkan, menjaga agama di dalam negara kita ini sebagai sumpah diraja untuk menjaga agama ini,” kata Ustaz Masridzi dengan kesal.

Leave a Reply

Back to top button