Tempatan

Anak Ayam Naik Harga Ibarat Menyapu Garam Ke Luka Kami – Penternak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 17 Februari 2022 – Pengerusi Unit Ayam Daging Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Kwei Yew Tong menegaskan bahawa penternak ayam akan mengurangkan pengeluaran bagi kerugian mereka.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini – Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Ia berikutan kenaikan harga anak ayam daging di samping kenaikan harga makanan dan penghantaran sejak Ogos 2020.

Semasa ditemui, Kwei Yew Tong berkata, penetapan harga baharu hanya akan memberi lebih banyak tekanan kepada penternak-penternak ayam di negara ini.

Yew Tong yang cuba melepaskan amarahnya berkata, “Kami tidak menentang kenaikan harga tetapi ia mesti munasabah terutama dalam situasi sekarang. Ini sama seperti menyapu garam pada luka kami.”

Beliau turut memaklumkan bahawa ramai penternak enggan membeli anak ayam pada ketika ini kerana mereka bimbang akan kerugian yang bakal didepani.

“Pengguna merungut tentang harga ayam tetapi tiada siapa yang memahami penderitaan penternak ayam,” jelas beliau.

Mengulas mengenai pemberian subsidi sebanyak 60 sen sekilogram bagi ayam bulat dari kerajaan, Pengerusi Unit Ayam Daging Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) itu beranggapan masih terlalu awal untuk mengenal pasti sama ada subsidi itu akan membantu penternak ataupun tidak.

“Jika subsidi tidak berkadar dengan kerugian dan petani tidak mampu menampung, ia masih menjadi masalah,” ujar beliau.

“Apabila petani mengurangkan pengeluaran, ia akan menyebabkan kekurangan sementara terutama di kawasan luar bandar di Pantai Timur.”

“Impak di bandar adalah rendah kerana kami masih mampu memenuhi keperluan. Di kawasan luar bandar, ia akan mengambil masa beberapa hari untuk bekalan sampai kepada mereka,” tambah beliau lagi.

Kwei Yew Tong turut memaklumkan kepada setiap pengguna agar mereka tidak perlu bimbang kerana penternak masih mengeluarkan ayam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: