Tempatan

SKMM Tutup Pintu Depan, Sugarbook Buka Pintu Belakang

KUALA LUMPUR – Sugarbook bertindak pantas dengan mewujudkan pautan alternatif baharu untuk masuk ke laman aplikasi pelacuran itu pada hari yang sama pautan rasminya disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Hal ini didedahkan menerusi Twitter @NaratifRakyat.

So fast they find alternative. @PDRMsia please put a tough clamp on this. Do you want your sister, your daughter, or anyone you care for romancing with some guy for money? It is just a better word for prostitution.

@NaratifRakyat juga sebelum itu mempersoalkan mengapa hanya laman web yang disekat, namun pengasas merangkap Pengarah Eksekutif Sugarbook, Darren Chen tidak ditahan dan disoal siasat.

“Great news. Sugarbook have been banned. But why the CEO and founder not detained for questioning.”

Satu lagi ciapan twitter akaun yang sama menyatakan, dengan hanya membaca akaun facebooknya, menunjukkan dia memperlihatkan sugar baby seperti kebajikan dari anugerah Tuhan, seolah-olah dia melakukan kebaikan kepada dunia.

“Just a scroll of his FB can show how he was advocating Sugarbaby like a Godsend charity. As if he is doing good to the world.”

SKMM menyekat laman web Sugarbook semalam dengan notis menyatakan platform itu melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button