Tempatan

‘Parti Liar’ Genting Highlands Diserbu, 28 Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BENTONG, 15 Februari 2023 – Sejumlah 28 individu ditahan dalam sebuah serbuan ‘parti liar’ di Genting Highlands, Isnin lalu, 13 Februari 2023.

Menurut Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Ramli Bin Mohamed Yoosuf, serbuan ke atas sebuah banglo itu dibuat oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada lebih kurang jam 4.00 petang atas maklumat orang awam.

BACA JUGA: Kerajaan Digesa Selesaikan Isu Kurang Tenaga Kerja Kesihatan, Gaji Rendah, Limpahan Pesakit

BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: Kemasukan NGO Malaysia Perlu Mohon Kelulusan Tuan Rumah – Wisma Putra

BACA JUGA: Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Kedudukan, Pengiktirafan Leftenan Adnan – Presiden Kelab Askar Melayu Diraja

Serbuan itu mendapati seramai (19) orang lelaki serta (9) orang perempuan ditahan untuk siasatan yang terdiri dalam lingkungan usia 26 hingga 48 tahun.

Beliau berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan ujian awal saringan air kencing ke atas kesemua suspek yang berkumpul di ruang tamu banglo tersebut didapati positif dadah jenis ‘ketamine’ dan ‘amphetamine’.

Susulan itu, kesemua suspek ditahan bermula dari 14 Februari 2023 hingga 15 Februari 2023 bagi siasatan lanjut.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam menangani isu jenayah mahupun dadah yang berlaku di bawah pentadbiran kontinjen Pahang.

Malah, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada masyarakat yang peka terhadap perlakuan jenayah yang berlaku di persekitaran mereka.

Justeru, beliau menggesa orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis terutamanya yang membabitkan aktiviti jenayah, dadah serta lain-lainnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: