Tempatan

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Dilaksana 23-27 Disember Ini – KPDN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 22 Disember 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 yang akan berkuat kuasa dari 23 Disember 2023 hingga 27 Disember 2023.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tempoh pelaksanaan adalah selama lima hari iaitu dua hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.

Memetik kenyataan, sebanyak 14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 dan senarai barangannya adalah seperti daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import (China dan Indonesia), lobak merah, cili merah, ubi kentang import (China), bawang merah besar import, bawang kuning besar, ayam tua hidup (dikawal di Sarawak).

Manakala lima barangan yang terlibat dalam skim ini adalah barangan yang dikawal di Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu kepak ayam, babi hidup (dikawal peringkat ladang), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

“SHMMP Krismas 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.”

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi. Semakan harga boleh dibuat melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my.”

“Pegawai -pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.”

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” katanya dalam kenyataan sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: