Tempatan

Skandal LCS: Hishamuddin Yakin Menteri Pertahanan Baharu Bertindak Sewajarnya Terhadap ‘Pesalah’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2023 – Mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Menteri Pertahanan baharu, Datuk Seri Mohamad Hasan akan bertindak sewajarnya terhadap ‘pihak yang bersalah’ dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).

“Adakah garis masa untuk menyelesaikan kapal LCS pertama dalam setahun dua masih kekal atau sebaliknya? Sama ada pihak yang salah ini akan dan sedang disiasat dan akan dibawa ke muka pengadilan?”

BACA LAGI: Turkiye-Syria Digegar Sekali Lagi, 3 Terkorban

“Saya amat yakin Kerajaan Perpaduan khasnya Kementerian Pertahanan di bawah Datuk Seri Mohamad Hasan akan membentang segalanya berhubung status terkini projek LCS ini,” katanya dalam ucapan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Kata Datuk Seri Hishammuddin lagi, beliau telah ‘menyelesaikan’ tiga isu berkaitan projek LCS sebelum beliau menamatkan tugas.

“Pertama, saya pastikan LCS mesti diteruskan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri ketika itu.”

“Kedua, pihak yang salah tetap salah dan mesti dihadapkan ke muka pengadilan dan ketiga adalah pelan mobilisasi untuk menghidupkan semula LCS,” tegas mantan Menteri Pertahanan itu.

BACA JUGA: Etika Pemakaian Patuh Syariah Bakal Dikuat Kuasa Di Terengganu

Mengulas lanjut, Datuk Seri Hishammuddin berkata, beliau bersyukur pihak yang membangkitkan isu LCS telah menjadi Kerajaan dan bersetuju untuk meneruskan projek tersebut.

Dalam sidang Parlimen semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Kementerian Pertahanan telah menyelesaikan 4 daripada enam syor oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek LCS yang gagal disiapkan.

BACA JUGA: Lelaki Tayang Gari & Pistol Ditahan

Bagaimanapun Ahli Parlimen Rembau itu tidak menjelaskan secara khusus berkenaan syor-syor PAC yang telah diselesaikan dan ‘sedang dalam tindakan’ seperti yang disebut.

Kapal LCS pertama yang dijangka siap pada 2024 akan mula beroperasi penuh sekitar 2026 kerana perlu menjalani beberapa ujian dan penilaian. Maka paling awal kapal LCS pertama itu menjadi milik TLDM secara rasmi adalah pada tahun 2027.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: