Tempatan

Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor ditahan

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut sumber, kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button