Tempatan

AMARAN: Ribut Petir Hingga 22 Mei Di Semenanjung, Sabah Dan Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 21 Mei 2022 – Malaysia dijangka bakal dilanda ribut petir di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang terlibat berdasarkan kepada laporan ramalan cuaca bagi seluruh negara sehingga 22 Mei 2022 adalah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Sabah, kawasan yang diramalkan berlaku ribut petir adalah di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan WP Labuan.

Sementara itu, kawasan yang terlibat di Sarawak adalah Kapit, Miri dan Limbang.

NADMA turut melaporkan hujan di beberapa negeri iaitu di Perak, Sabah dan Sarawak pada hari Sabtu.

Manakala pada hari Ahad, negeri-negeri yang terlibat berlaku hujan adalah negeri Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah iaitu di Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: