Tempatan

Siti Kasim Kini Calon Parlimen Di Kubu Kuat PKR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 18 Februari 2022 – Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim kini menjadi salah seorang calon dalam kumpulan Gerak Independent yang akan bertanding di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Parlimen Batu dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2008 sehinggalah sekarang.

Gerak Independent merupakan kumpulan inisiatif gerakan bebas bersama yang membantu menilai dan mempromosikan calon-calon bebas bertanding dalam pilihan raya merangkumi 15 kawasan Parlimen yang diperhati.

Lima daripada keseluruhan kawasan Parlimen diperhati itu adalah milik gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) iaitu Batu, Subang, Wangsa Maju, Petaling Jaya dan Kota Kinabalu.

Menurut Gerak Independent, gerakan itu akan mewujudkan Malaysia yang adil, bersatu dan makmur, dan Siti Kasim mahu melindungi dan memelihara hak rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara prinsip Gerakan Independent adalah mengembalikan jaminan kebebasan dan kuasa institusi kepada rakyat dan mewujudkan dasar-dasar afirmatif berdasarkan keperluan.

Melalui laman rasminya, gerakan itu memulakan inisiatif dengan memilih sebilangan kecil wakil yang bersikap jujur, berkebolehan dan mempunyai hala tuju yang sama.

Tawfik Tun Dr. Ismail, bekas Ahli Parlimen Sungai Benut yang juga merupakan anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman turut bertanding pada pilihan raya umum nanti namun masih merahsiakan kawasan yang beliau akan tandingi.

Calon-calon Gerak Independent lain yang akan bertanding di kawasan pembangkang adalah Ravee Suntheralingam (Wangsa Maju); KJ John (Petaling Jaya); Charles Chow Chon Jin (Subang); Roland Cheng (Kota Kinabalu) dan terbaru, Remy Tony Sulil Majangkim (Sandakan).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: