Tempatan

Siti Bainun Mengaku Sayang Bella ‘Lebih Daripada Anak-Anak Lain’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menafikan dia pernah mendera remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, bahkan dia mengaku lebih menyayangi remaja itu berbanding kanak-kanak lain dalam jagaannya.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, dia berkata Bella seorang gadis kelakar dan manja yang suka menyanyi sendiri di hadapan cermin, semuanya membuatkan dia seronok mengusik gadis itu.

BACA JUGA: SOSMA Kekal – Menteri KDN

“Layanan saya kepada Bella adalah sama, mungkin lebih sayang kepada Bella berbanding yang lain sebab Bella ini kelakar dan manja.”

BACA JUGA: Golongan Kayangan Tidak Wajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan

Siti Bainun yang menjaga Bella sejak Julai 2020 turut berkata, dia tidak pernah menerima sebarang wang, mengutip derma atau mendapatkan bantuan untuk menyokong dan menguruskan gadis itu.

BACA JUGA: Didik Pelajar Bercucuk-Tanam, Atasi Krisis Keselamatan Makanan – CAP

“Saya menjual roti, kek dan pasta serta menerima tempahan katering untuk menyara tujuh anak saya termasuk Bella.”

“Untuk katering, saya akan memasak sendiri di rumah ibu saya dan tidak meminta anak saya membantu saya melainkan saya memasak di kondominium. Mereka sendiri mahu membantu saya tanpa dipaksa,” katanya ketika membaca penyataan saksinya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Dalam pada itu, Siti Bainun turut menjelaskan bahawa kaki Bella diikat kerana remaja itu suka merayau pada waktu malam untuk mencari makanan ringan.

Katanya, pernah suatu ketika dahulu Bella mengalami cirit-birit setelah meminum sekotak susu dan kenyataan itu diakui saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood.

“Yasmin ada kain, dia ikatkan kaki Bella dengan kaki dia kalau Bella bangun nak merayap Yasmin boleh terjaga dan suruh Bella tidur. Sebab itu bila tanya siapa ikat? Bella cakap Shomin. Yasmin sendiri mengaku dalam keterangan, bahawa Shomin tu dia.”

“Namun ikatan itu langsung tidak kuat dan sekadar untuk keselamatan Bella. Buktinya Bella tidak ada kecederaan atau bengkak akibat diikat seumpama cerita saksi-saksi,” katanya.

Siti Bainun, 31, didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: