Antarabangsa

Sistem Keselamatan Siber Indonesia Ibarat Diuruskan Budak 14 Tahun – Penggodam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 04 September 2022 – “Sistem keselamatan siber indonesia sangat teruk, saya fikir ia diuruskan oleh budak 14 tahun,” berikut merupakan kenyataan seorang penggodam, menurut sebuah laporan tempatan.

Menurut penggodam tersebut dia telah berjaya memperolehi akses kepada hampir 500,000 pengkalan data pengguna dengan menggodam sistem keselamatan sebuah syarikat pemasaran dan perniagaan.

Seorang penggodam lain dengan usia seawal 19 tahun mendakwa bahawa sistem keselamatan siber Indonesia adalah lemah sehinggakan laman kerajaan juga dapat digodam.

“Saya dapat lihat banyak kelemahan pada laman web Indonesia… Saya tidaklah katakan ia terlalu teruk, tetapi laman web kerajaan juga boleh digodam,” ujarnya lagi.

Menurutnya, dia berjaya memperolehi lebih dari 130,000 pengkalan data Indonesia yang mengandungi maklumat sensitif seperti gambar kad pengenalan, nombor pendaftaran cukai dan macam-macam lagi.

Dakwaan-dakwaan penggodam ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Teknologi IBM Security ASEANZK, di mana beliau menyatakan bahawa data-data yang bocor tersebut tampak asli.

Hal ini kerana, menurutnya, penggodam tersebut berjaya menyenaraikan kandungan-kandungan dalam pengkalan data yang dikatakan telah digodam tersebut dengan tepat.

Berdasarkan laporan Asean Cyberthreat Assessment 2021., Indonesia menduduki tangga tertinggi dalam kes serangan ‘ransomware’ dengan jumlah kes sebanyak 1.3 juta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: