Tempatan

Adakah Jawatankuasa Siasatan Adib Satu Sandiwara Politik? Peguam Negara Sila Jawab – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 15 November 2021 – “Adakah penubuhan Jawatankuasa Siasatan Kes Adib yang ditubuhkan oleh Kerajaan Ismail Sabri Yaakob adalah di atas nasihat yang sebenar-benarnya diberi oleh Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun ataupun adalah sandiwara politik oleh Kerajaan terkini?!”

Persoalan tersebut diajukan oleh peguam Haniff Khatri di Facebooknya selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang turut dianggotai oleh Peguam Negara, Idrus Harun.

Namun, tegas Haniff, jawapan kepada isu perundangan penting berkaitan kes kematian Adib ini cuma dan wajib dijawab oleh Peguam Negara sahaja kerana ada akujanji untuk membuat keputusan muktamad.

“Jawaban kepada persoalan dan isu perundangan penting di atas cuma dan wajib dijawab oleh Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sahaja, kerana akujanji beliau untuk membuat pengumuman berkaitan kes Allahyarham Adib yang diberinya pada 15.02.2021, iaitu sembilan (9) bulan yang lalu pun masih belum ditunaikan!!”

“Justeru, demi kepentingan prinsip kedaulatan undang-undang ianya adalah teramat penting untuk Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang beliau telah akujanji untuk lakukan sembilan (9) bulan lalu sejak 15.02.2021 dan menjawab persoalan penting yang lanjut samada penubuhan jawatankuasa siasatan kes Adib yang ditubuhkan oleh Kerajaan DS Ismail Sabri adalah di atas nasihat yang sebenar-benarnya diberi oleh Peguam Negara TS Idrus Harun ataupun tidak,” ujar beliau lagi.

Tambah Haniff, ini kerana demi rakyat Malaysia secara amnya, dan demi kepentingan keluarga Allahyarham Adib secara khususnya, mana-mana sandiwara politik oleh Kerajaan, tidak boleh dibiarkan menghantui kes Allahyarham Adib itu lagi.

Haniff sebelum ini menegaskan pihak-pihak berkaitan wajib mengeluarkan keputusan-keputusan yang telus dan ikhlas.

Jika pihak-pihak berkuasa tersebut gagal, maka penubuhan jawatankuasa seperti ini tidak semestinya adalah jalan penyelesaian.

Malah, ia menambahkan persepsi bahawa ada niat untuk mempolitikkan isu-isu yang bukan masuk dalam urusan politik.

“Politik tidak boleh mencampuri kedaulatan undang-undang,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: