Antarabangsa

Singapura Tubuh Pasukan Tangani Serangan Siber & ‘Ransomware’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 20 Oktober 2022 – Kerajaan negara Singapura telah membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada gabungan agensi melawan ransomware bagi mengumpulkan wakil daripada pelbagai sektor bagi mengatasi masalah yang menjadi kebimbangan bagi perniagaan di negara itu.

Pasukan tersebut yang telah ditubuhkan pada awal tahun ini akan membina serta membuat cadangan bagi membentuk polisi, pelan operasi serta keupayaan bagi menaik taraf usaha Singapura dalam menghadapi masalah serangan siber dan ransomware.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Agensi Keselamatan Siber Singapura ketika sesi kenyataan media pada Rabu lalu.

Pasukan tersebut terdiri daripada wakil-wakil daripada sektor teknologi, keselamatan siber, undang-undang kewangan serta penguat kuasa undang-undang.

Badan yang terlibat dalam pasukan ini termasuklah CSA, Government Technology Acency, Infocomm Media Development Authority, Monetary Authority of Singapore, Singapore Armed Forces serta Singapore Police Force.

Pasukan ‘task force’ tersebut turut akan mencari jalan bagi melakukan penyelarasan terhadap strategi hubungan antarabangsa negara itu dalam mengatasi masalah ransomware.

Pasukan tersebut juga turut dikatakan akan memulakan inisiatif untuk mencapai kerjasama antarabangsa dalam bidang keselamatan siber, pengawasan kewangan serta operasi-operasi mengenai undang-undang penguatkuasaan antara sempadan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: