Tempatan

Singapura Mahu Jalinkan Hubungan, Pelancongan Dengan Kelantan & Terengganu – Menteri Luar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 23 April 2023 – Singapura mahu meningkatkan kesalinghubungan dan interaksi dengan lebih banyak negeri Malaysia, melangkaui ibu kota Kuala Lumpur, dalam usaha meningkatkan kerjasama dan pelancongan rentas sempadan.

Menteri Kedua Hal Ehwal Luar, Dr Maliki Osman berkata lebih banyak kerjasama ingin dimeterai selain bidang pelancongan termasuklah pembangunan dan pendidikan.

BACA JUGA: MP DAP Desak Gugurkan Siasatan Dalam Kes Cubaan Bunuh Diri

BACA JUGA: Bazar Ramadan: Dua Aduan Keracunan Makanan Diterima KKM

BACA JUGA: Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

“Hubungan antara Singapura dan Malaysia adalah kukuh dan mesti terus kekal kukuh, dan ia harus melangkaui hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur sahaja.”

“Ini mengenai memberitahu rakan Malaysia kami bahawa kami menghargai hubungan itu dan kami mahu menyokong pertumbuhan di semua negeri yang berbeza, dan membina kerjasama yang mungkin.”

Dr Maliki memulakan lawatan rasmi pertama beliau ke negeri pantai timur Malaysia, Terengganu dan Kelantan selama lima hari pada 15 April lalu.

Semasa di Kelantan, Dr Maliki bertemu dengan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia Salahuddin Ayub, dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Asyraf Wajdi Dusuki.

Di Terengganu, Dr Maliki mengadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bagi membincang perkembangan ekonomi dua negara.

“Saya gembira mendengar rancangan Sultan Mizan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu, dan kami membincangkan cara-cara Singapura boleh menyumbang.,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sewaktu lawatan itu, Dr Maliki turut bertemu dengan pelbagai pemimpin Kerajaan dan perniagaan, bersama-sama wakil daripada gabungan politik dan parti termasuk Pakatan Harapan (PH), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: