Tempatan

Kes Saman Teo Nie Ching

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 20 Mac 2023 – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menangguhkan kes saman fitnah mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ke atas salah seorang Sekretariat NGO Tolak Buku Tingkatan 4 (BST4), Datuk Yazid.

Peguam kepada Datuk Yazid, Khairul Azam Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam memaklumkan, penangguhan itu adalah kerana mahkamah mempunyai satu kes bicara lain.

Atas sebab itu, mahkamah telah memberikan satu tarikh baharu untuk perbicaraan kes saman fitnah Teo Nie Ching ini.

“Mahkamah mempunyai satu kes bicara lain yang menurut arahan amalan dan Ketua Hakim Negara, kes yang di peringkat sambung bicara hendaklah diberikan keutamaan berbanding dengan kes-kes yang baru nak mula bicara. Jadi, semuanya ini adalah disebabkan lambakan kes tertunggak di mahkamah yang sejak COVID dua tahun dan sebagainya.”

“Jadi disebabkan kekangan itu maka mahkamah memberikan tarikh lain yang panjang, iaitu pada tahun 2024, lebih setahun dari sekarang, pada bulan Jun 2024, selama 5 hari untuk perbicaraan kes ini,” kata Buzze Azam hari ini di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tambahnya, kita ambil maklum kekangan mahkamah berkenaan dan kita hormati jadual mahkamah yang padat dan insya Allah kita akan bertemu lagi di mahkamah ini setahun dari sekarang.

Rentetan kes saman ini bermula semasa pemerintahan Pakatan Harapan pada 2018, apabila timbul kontroversi besar di mana Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 untuk silibus persekolahan Malaysia, telah dicemari dengan unsur-unsur indoktrinasi mengagungkan golongan pejuang kiri, menafikan perjuangan bangsa Melayu sebagai pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu dan cuba menormalisasikan kejahatan komunis.

Sebagai respons kepada tindakan ini, Sekretariat NGO Tolak Buku Tingkatan 4 (BST4) telah ditubuhkan. Sekretariat ini adalah himpunan NGO yang bergabung membuat gesaan kepada kerajaan untuk menolak keseluruhan buku sejarah Tingkatan 4.

Menurut laporan dari laman Facebook Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), banyak pihak tidak senang dengan tekanan yang dibuat oleh Sekretariat BST4 ini. Datuk Yazid salah seorang dari Sekretariat BST4 ini, telah disaman oleh Teo Nie Ching yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu.

YB Teo Nie Ching menyaman Datuk Yazid atas kenyataan yang dikeluarkan semasa program bual bicara yang dikendalikan oleh Dato’ Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu.

Dalam perbicaraan hari ini, wakil-wakil NGO turut hadir bagi menyatakan solidariti kepada Sekretariat BST4 antaranya seperti Pengerusi PEMBELA, SUA Pembela, Kluster Pemuda PEMBELA dan Kluster Tamadun PEMBELA.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: