Tempatan

Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus: Malaysia Ambil Langkah Berjaga-jaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 21 Jun 2024 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan input daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung situasi Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus (STSS) yang melanda Jepun.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, maklumat berkenaan penting supaya Malaysia dapat mengambil langkah kawalan pencegahan awal mengenai jangkitan itu.

“Kita belum dapat apa-apa maklumat atau perkembangan, tapi kita memerlukan input daripada WHO, itu sangat mustahak.”

“Dengan maklumat yang diterima, seterusnya kita dapat mengambil langkah untuk kawalan. Buat masa ini, ia belum sampai ke CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis) atau ke bahagian jangkitan kita,” katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran myBRP@CKAPS pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Jepun yang mencatatkan kes STSS melebihi 1,000 pada tahun 2024 seperti dilapor Xinhua yang memetik Institut Alergi Penyakit Berjangkit Nasional (NIAID), Selasa lalu.

STSS juga dikenali sebagai jangkitan streptokokus invasif teruk, adalah penyakit yang bermula secara tiba-tiba yang disebabkan oleh Streptokokus Kumpulan A.

Gejala awal biasanya termasuk sakit tekak, demam, hilang selera makan, cirit-birit, muntah dan masalah gastrousus lain, serta gejala septik seperti tekanan darah rendah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: