Tempatan

Sindiket Kejam Lacurkan Serta Curi Organ Pekerja Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 – Sindiket penipuan tawaran pekerjaan luar negara dipercayai memaksa rakyat Malaysia menjadi pelacur selain mengugut untuk diambil organ mereka untuk dijual di pasaran gelap.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim memaklumkan sedemikian berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada waris mangsa sindiket.

“Kita juga mendapat maklumat ada rakyat kita yang dikenakan renjatan elektrik setelah gagal mencapai sasaran pelanggan yang ditipu secara dalam talian dan terdapat keluarga mangsa menunjukkan gambar dikatakan rakyat Malaysia yang ditembak mati oleh sindiket di Myanmar tetapi dakwaan itu kita belum dapat sahkan,” ujar Hishamuddin.

Tegasnya, Kerajaan perlu segera bertindak menyelamatkan mangsa yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerja di Myanmar, Laos dan Kemboja kerana ‘kekejaman’ sindiket sudah memasuki ke fasa baharu.

Jelasnya, gerakan menyelamat yang dilaksanakan oleh Kementerian Luar yang melibatkan maklumat disalurkan kepada kedutaan Malaysia, kemudian bekerjasama dengan pihak berkuasa negara terbabit tidak memadai kerana ada pihak yang mendedahkan maklumat kepada sindiket.

Mangsa akan dipindahkan kepada sindiket lain atau ke luar negara untuk ditempatkan di kem tentera Myanmar.

“Ini menyebabkan hutang yang ditanggung mangsa kepada sindiket semakin bertambah dan keluarga mangsa perlu membayar pampasan dalam jumlah yang besar jika mahu mereka dibebaskan. Kita tidak menggalakkan dibebaskan dengan cara ini kerana ia akan menggalakkan mereka ‘menculik’ lebih ramai rakyat Malaysia,” tegas Hishamuddin.

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia berjaya membawa pulang seramai 24 orang rakyat yang diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket di Kemboja namun baki 29 orang masih ditahan di dua depoh imigresen negara itu dan akan dibawa pulang secara berperingkat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: