Tempatan

Sindiket Jual Beli Bayi, Anak Luar Nikah Dijadikan ‘Anak Kandung’

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 05 Disember 2022 – Sindiket jual beli bayi di negara ini dilaporkan masih aktif apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berterusan mengesan pemalsuan maklumat berkaitan kelahiran bayi untuk membuat sijil kelahiran.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, sindiket tersebut menggunakan modus operandi dengan membabitkan kes-kes anak luar nikah tetapi mahu dijadikan ‘anak kandung’ oleh pasangan lain.

Lebih membimbangkan, jenayah ini dikesan dijalankan dengan kerjasama antara sindiket dan kakitangan hospital dan klinik swasta sendiri sehingga berlaku sijil kelahiran bayi direkodkan dengan butiran palsu, dedah Datuk Ruslin Jusoh.

Menjelaskan lebih terperinci, beliau berkata individu-individu terbabit mengambil jalan mudah mengupah ejen atau membayar klinik swasta bagi memalsukan maklumat ibu bapa dengan meletakkan nama ibu bapa angkat sebagai ibu bapa kandung untuk mendaftarkan kelahiran bayi tersebut di JPN.

Kebanyakan kes terbongkar apabila kanak-kanak tersebut berusia 12 tahun ketika ingin membuat kad pengenalan diri dan mendapati maklumat di sijil kelahiran meragukan, antaranya pengecaman wajah yang berbeza, kata beliau.

Tambah Datuk Ruslin Jusoh, bukti jenayah jual beli bayi ini belum berakhir apabila dalam tempoh 10 bulan sahaja terdapat sebanyak 74 kes didakwa di bawah Akta 299 Pendaftaran Kelahiran dan Kematian dan kesemua kes dikesan berlaku di sekitar Lembah Klang, Johor, Melaka, Perak, Kedah dan Melaka.

“Siasatan mendapati kes-kes ini membabitkan bayi yang dibeli daripada sindiket dengan harga mencecah ribuan ringgit.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: