Antarabangsa

1 Yahudi 6 Orang Anak, Kadar Kelahiran Israel Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 21 Ogos 2022 – Kadar kelahiran Yahudi Israel menunjukkan peningkatan berbanding kadar kelahiran Arab Israel.

Peningkatan ini disebabkan oleh pertambahan bilangan Yahudi ultra-Ortodoks (atau Haredi) di Israel, yang mempunyai kadar kesuburan 6.6, lebih dua kali ganda purata kebangsaan dan tiga kali ganda kadar Yahudi sekular.

Walaupun Haredim hanya 13% daripada populasi, keturunan mereka membentuk 19% kanak-kanak Israel di bawah umur 14 tahun, dan 24% daripada mereka yang berumur di bawah empat tahun.

Menurut Pusat Penyelidikan Pew, umat Islam sebelum ini mempunyai kadar kelahiran yang tinggi tetapi kadar ini jatuh mendadak pada tahun 1995 hingga 2015.

Malah tujuh negara Arab adalah antara 12 negara yang mencatat penurunan terbesar di dunia dalam kadar kelahiran antara akhir 1970-an dan pertengahan 2000-an.

Jika dahulu, di Israel sendiri, wanita Arab melahirkan hampir dua kali lebih ramai anak secara purata berbanding wanita Yahudi, namun, Yahudi Israel kini mencapai tahap kadar kelahiran 3.1.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: