Tempatan

Sikap dan Pemikiran Perlu Diubah, Asnaf Tidak Sepatutnya Terus Dimanjakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEGERI SEMBILAN, 28 Julai 2022 – Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom, menyatakan bahawa sikap dan pemikiran golongan asnaf perlu diubah dan tidak hanya “dimanjakan” dengan bantuan kewangan sahaja.

Lapor Awani, beliau turut menyatakan “Sekarang ini kita nak ‘ternak’ atau kita nak basmi? Kalau kita ternak, lama kelamaan mereka akan jadi semakin manja.”

“Ia sehinggakan bila YBK mahu mencari orang bekerja mengutip cili pun semuanya tidak mahu kerana mereka kata telah dapat bantuan setiap bulan,” tambahnya lagi.

Beliau turut menggesa supaya golongan asnaf dibantu, sebagai contoh, dengan menceburi bidang tertentu untuk memajukan diri, sekali gus membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Terdahulu, samudera.my pernah melaporkan bahawa negeri Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak merekodkan peningkatan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: