Antarabangsa

WMO Beri Amaran, Bersedia Untuk Cuaca Panas Melampau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 08 mei 2023 – “Dunia harus bersedia untuk perkembangan El Nino, yang sering dikaitkan dengan peningkatan haba, kemarau atau hujan di bahagian yang berlainan di dunia. Ia mungkin memberikan kelegaan daripada kesan kemarau di Tanduk Afrika dan kesan lain yang berkaitan dengan La Nina tetapi juga boleh mencetuskan peristiwa cuaca dan iklim yang lebih ekstrem,” kata Setiausaha Agung Organisasi Meteorologi Dunia (WMO), Profesor Petteri Taalas.

Amaran ini dikeluarkan susulan inisiatif ‘Amaran Awal PBB Untuk Semua’ baru-baru ini bagi memastikan semua orang berada dalam keadaan selamat.

Ujarnya, perkembangan El Nino “kemungkinan besar akan membawa kepada lonjakan baharu dalam pemanasan global dan meningkatkan peluang untuk memecahkan rekod suhu”.

BACA JUGA: Cuaca Panas: Tidak Perlu Beri Rebat Bil Elektrik – AWER

BACA JUGA: KPM Benarkan Murid & Guru Pakai Baju Sukan Ketika Cuaca Panas

BACA JUGA: Pembenihan Awan Bergantung Kepada Cuaca Semasa

“La Nina yang luar biasa degil kini telah berakhir selepas tiga tahun dan Pasifik tropika kini berada dalam keadaan neutral ENSO (bukan El Nino mahupun La Nina).”

Menurut data yang dikeluarkan WMO, terdapat 60% peluang untuk peralihan daripada ENSO-neutral kepada El Niño semasa Mei-Julai 2023, dan ini akan meningkat kepada kira-kira 70% pada Jun-Ogos dan 80% antara Julai dan September.

Justeru, Profesor Taalas sekali lagi menegaskan bahawa dunia “harus bersedia” untuk El Nino, yang boleh mencetuskan kejadian cuaca dan iklim yang lebih ekstrem.

Dalam masa sama, beliau turut menekankan peranan penting perkhidmatan amaran awal, yang boleh membantu memaklumkan tindakan dan mengelakkan kesan terburuk cuaca ekstrem.

El Nino, corak iklim yang berlaku secara semula jadi biasanya dikaitkan dengan peningkatan haba di seluruh dunia.

Ia akan menyaksikan kemarau berlaku di beberapa bahagian dunia serta hujan lebat di beberapa tempat, yang kali terakhir berlaku pada 2018 dan 2019.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: