Tempatan

Siasatan Terhadap Hakim: Tindakan Betul & Salah Majlis Peguam – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Jun 2022 – “Majlis Peguam telah keluarkan satu kenyataan selepas isu Yang Arif Datuk Nazlan dan SPRM berbangkit di media, dengan menyelar dan menegur SPRM,” ujar peguam, Haniff Khatri Abdulla.

Menurutnya, dalam hal itu ada dua perkara yang perlu difahami. Perkara yang betul dan perkara yang salah.

Yang pertama adalah tentang hal yang pernah disentuh dahulu, iaitu kenyataan salah oleh Azam Baki dan SPRM untuk membuat pengumuman kononnya telah buka siasatan terhadap hakim Nazlan dengan menamakan nama hakim tersebut. Ini tidak boleh dari segi kedaulatan, selagi belum dikenalpasti asas aduan terhadap hakim itu.

Maka, kenyataan Majlis Peguam menyelar tindakan tersebut adalah betul.

Ujar beliau, Majlis Peguam dalam usul asalnya mengatakan ada cara lain di bawah Perlembagaan, iaitu Perkara 125 untuk kononnya siasat hakim yang masih bertugas, tetapi peruntukan itu bukan untuk tindakan jenayah. Sebaliknya, ia adalah berkaitan dengan salah laku moral atau etika hakim.

“Saya telah keluarkan kenyataan secara spesifik mengatakan seadanya usul yang telah ditampilkan dalam EGM dua Jumaat yang lalu, dan kalau Usul itu tidak dipinda maka saya memang tidak akan undi untuk luluskan usul itu.”

“Saya hanya akan hadir tetapi tidak akan sokong.”

Untuk makluman, maka perkara itu telah kami bangkitkan dalam mesyuarat EGM Majlis Peguam, di mana saya serta beberapa peguam lain telah bangkitkan perkara tentang kesalahan dan kekhilafan Majlis Peguam mengatakan SPRM tidak boleh siasat aduan itu langsung.

Tetapi jelasnya, yang betulnya, kita peguam wajar cuma selar tentang pengumuman bukaan siasatan terhadap hakim Nazlan tanpa mengikut proses yang betul.

“Rata-rata peguam sendiri bersetuju bahawa kesalahan jenayah wajar disiasat, jikapun berhubung hakim yang masih berjawatan.”

Beliau berkata, jangan kita lupa Nazlan juga dengan terhormat membuat laporan polis, minta disiasat, takkan pula kita nak mengatakan Nazlan membuat perkara yang salah untuk membuat laporan polis itu.

Secara mudahnya, akhirnya di hujung debat, Majlis Peguam bersetuju bahawa adalah tidak betul dan tidak molek untuk mengatakan bahawa siasatan SPRM ataupun polis tidak boleh dilakukan sama sekali, dan mereka setuju untuk pinda usul asal, dan dibuang bahagian yang tidak betul itu.

“Maka, saya pun turut mengundi menyokong dua perkara, satu perkara ialah adalah kami menyelar tindakan SPRM mengumumkan pembukaan siasatan terhadap hakim Nazlan, perkara ini diselar dengan ketat kerana perkara itu tidak boleh dilakukan sepertimana ianya telah diumumkan.”

“Tetapi itu tidak bermaksud kami mengatakan aduan tidak boleh disiasat,” ujarnya.

Yang kedua, hampir sebulat suara juga bersetuju, untuk Majlis Peguam anjurkan “Walk for Justice” terhadap tindakan mana-mana pihak mengganggu -gugat kebebasan kehakiman.

Ujar beliau, kesalahfahaman awal di pihak Majlis Peguam berhubung perkara itu telahpun dibaik pulih dan akhirnya usul yang ditampilkan dengan pindaan yang memang cukup memuaskan hati ramai termasuk saya, dan mendorong saya untuk mengundi luluskan 2 usul pindaan itu.

“Namun, saya telah bangkit lagi untuk menyatakan yang saya sendiri secara peribadi, tidak akan berjalan untuk keadilan (walk for justice) sehingga siasatan lengkap selesai dan siasatan itu mengesahkan bahawa laporan RPK pada 20 April didapati adalah palsu. Barulah saya sendiri akan berjalan tak kiralah sampai ke mana pun, sebab dengan pengesahan itu bermakna RPK telah lakukan ganggu-gugat kebebasan kehakiman,” katanya.

Menurut beliau lagi, tetapi kalau siasatan pihak berkuasa mendapati ada asas aduan RPK itu, maka teruskan siasatan, tetapi kalau ada peguam lain nak berjalan semata-mata cara pengumuman yang dibuat, boleh saja berjalan, bagi saya untuk itu saya tidak perlu berjalan.

“Saya sudah maklumkan bahawa Azam Baki salah berhubung pengumumannya itu, saya juga sudah maklumkan peguam negara sepatutnya membuat Jawatankuasa Siasatan Khas dan itu ada cara-caranya, tak perlu pun nak berjalan untuk keadilan.”

Kesimpulannya, yang pasti siapapun tidak boleh melebihi undang-undang negara kita.

Tegas beliau, sedangkan Yang di-Pertuan Agong sendiri dan Raja-Raja pun boleh disiasat dan Agonglah yang melantik hakim, takkan hakim boleh berada di atas undang-undang pula dan Raja-Raja pula di bawah mereka.

Menurutnya, ini bukan sahaja melibatkan isu kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan, bahkan langsung tidak munasabah dan tidak masuk akal cadangan asal Bar Council tersebut.

“Tetapi hikmahnya adalah, inilah yang dimaksudkan bila demokrasi ditegakkan dan diamalkan dengan betul dan ego sesiapa sekalipun diketepikan, maka akhirnya keputusan betul dan matang akan dicapai.”

Justeru, kalau kita (Majlis Peguam) buat salah dan boleh terima pembetulan, maka itulah dia amalan demokrasi.

“Sebab itu, debat perlu diadakan, sebab itu juga perlu ada EGM, dibenarkan berbahas oleh semua yang hadir bagi menyampaikan maksud dan biar ahli –ahli lain buat keputusan, itulah caranya,” tegas beliau.

Ujar beliau lagi, di sini, saya juga mengambil maklum dan nyatakan bahawa kewibawaan dan kebolehan pengerusi baru Majlis Peguam untuk mengikut dan memahami keinginan majoriti ahli, dan melakukan perkara yang sah dan betul, adalah satu perkara yang perlu dihormati dan dipuji, itulah sikap mereka yang berjiwa besar, ego perlu ditolak ke tepi.

Haniff turut melontarkan pandangan dan teguran buat semua pihak tak kiralah sesiapapun, yang pasti kedaulatan undang-undang mesti diutamakan tanpa ego dan prejudis.

“Begitu jugalah tidak boleh ada ego dalam Kerajaan, tidak boleh ada ego di dalam Parlimen tidak boleh ada ego dalam kepimpinan mana-mana parti politik,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: