Tempatan

Siasatan Hakim Nadzlan: Bar Council Bakal Berdemonstrasi Jumaat Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2022 – Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) bakal menganjurkan sebuah demonstrasi “Kebebasan Institusi Penghakiman” pada Jumaat ini yang dijangkakan akan diadakan di Padang Merbok.

Menurut sebuah ciapan oleh Maria Chin Abdullah, perhimpunan tersebut akan menampilkan peguam-peguam berdemonstrasi dengan memakai ‘sut peguam’.

Terdahulu, Bar Council telah mengemukakan sebuah resolusi membantah sikap siasatan yang dilakukan ke atas YA Dato’ Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Majlis Peguam Malaysia juga menyatakan bahawa siasatan SPRM melanggar prinsip pemisahan kuasa dan melekehkan.

YA Dato’ Nadzlan terdahulu disiasat gara-gara dakwaan wang bernilai RM 1 juta yang tidak dapat dijelaskan di dalam akaun beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: