Antarabangsa

Tiada Keperluan Buka Siasatan Jenayah Pembunuhan Shireen Abu Akleh – IDF

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 21 Mei 2022 – “Tiada keperluan untuk membuka siasatan polis tentera pada peringkat ini.”

Demikian kenyataan tentera Israel yang memutuskan untuk tidak membuka siasatan jenayah terhadap pembunuhan Shireen Abu Akleh baru-baru ini, lapor Jerusalem Post.

Kenyataan itu menyebut, “Penyiasatan jenayah boleh dibuka ke atas kematian seorang rakyat Palestin semasa berhadapan dengan pertempuran sebenar, melainkan terdapat kecurigaan terhadap kesalahan jenayah.”

Mereka turut menyatakan bahawa siasatan sementara juga tidak dapat memastikan sama ada Shireen dibunuh oleh penembak Israel atau Palestin.

Sebelum ini, Israel menyatakan kemungkinan Shireen Abu Akleh ditembak pejuang Palestin, namun kesemua saksi termasuk wartawan lain yang bersama-sama Shireen menafikan kewujudan lelaki bersenjata di sekitar tempat kejadian.

Kementerian Luar Palestin menentang sekerasnya keputusan yang dimaklumkan tentera Israel dan menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembunuhan kejam itu.

Dalam pada itu, majoriti daripada kerajaan, kumpulan hak asasi manusia dan badan akhbar menuntut siasatan telus terhadap pembunuhan wartawan Palestin itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: