Tempatan

Hentikan Pembinaan Jalan Baharu Habu-Tanah Rata – NGO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CAMERON HIGHLANDS, 27 Julai 2023 – Cadangan pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands yang menelan kos sebanyak RM480 juta itu diminta diberhentikan kerana tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pelancongan itu.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), A. Dilip Martin berkata pembinaan jalan baharu ini ibarat ‘tempat lain yang sakit, tempat lain yang diubat’, tempat lain yang sesak, tempat lain yang dibina jalan baharu.

BACA JUGA: Amaran PM Kepada Pelaku Jenayah Boleh Dilihat Sebagai Campur Tangan, Cabul Kedaulatan Undang-Undang – Peguam Kanan

BACA JUGA: Kumpul Data: Facebook Didenda RM56 Juta Oleh Mahkamah Australia

BACA JUGA: Pekerja Gig Layak Terima Gaji Minimum & Manfaat Lain – Penganalisa

“Laluan Habu ke Tanah Rata bukan punca kesesakan, di situ tidak berlaku kesesakan pun kerana ia kurang kawasan pelancongan.”

“Jika jalan baharu Habu ke Tanah Rata dibina sekali pun, ia tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik. Punca sesak ialah di Kea Farm yang kurang parkir.”

Tegasnya, selagi masalah parkir di Kea Farm tidak diselesaikan, selagi itulah kesesakan lalu lintas akan menjadi masalah yang serius yang dihadapi oleh pelancong.

Tambahnya lagi, pembinaan laluan baharu Habu ke Tanah Rata turut memberi impak terhadap alam sekitar.

“Laluan Habu ke Tanah Rata sepanjang kira-kira tujuh kilo¬meter dan pembinaannya laluan baharu di situ melibatkan pemotongan bukit, kita juga akan kehilangan Gunung Cantik yang kaya dengan flora dan fauna selain akan terkena kawasan tadahan air Habu.”

Menurutnya, adalah lebih baik jika cadangan pembinaan ‘bisnes park’ yang dirancang pada tahun 2012 dengan peruntukan RM30 juta itu dilaksanakan untuk kemudahan pelancong meletak kenderaan mereka di Kea Farm.

“Sekarang mungkin kos pembinaan ‘bisnes park’ itu sudah meningkat, daripada RM30 juta pada 2012, sekarang mungkin RM120 juta.”

“Namun itu sudah menjimatkan wang Kerajaan RM260 juta berbanding jika pembinaan laluan baharu dari Habu ke Tanah Rata yang menelan kos RM480 juta,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: