NGO

SIAPA YANG PEDAS MAKAN CILI? – Haji Rashidi Haris

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SIAPA YANG PEDAS MAKAN CILI?

1. Saya meneliti dengan dekat tulisan Dr. Kamarul Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) facebooknya dan juga yang tersiar dalam Harakhdaily bertarikh 16 April 2021 (Tulisan asal Dr Kamarul: (https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/16/beza-antara-bantuan-melayu-islam-dan-bantuan-cina-kristian/) dan 17 April 2021 (https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/17/bantuan-evangelis-wajar-diterima-dengan-berhati-hati/) berkaitan bantuan YB Steven Sim (DAP/ Kristian).

2. Saya juga berkesempatan membaca desakan Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR/ Muslim) dalam (https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/04/30/uum-must-investigate-lecturer-for-stoking-religious-tensions-says-anwar/) supaya UUM menyiasat Dr. Kamarul (Academician/Muslim) atas tulisannya itu kerana; “Beza Antara Bantuan Melayu Islam dan Bantuan Cina Kristian”. Dan saya juga membaca komen Dr Fathi (Academician/ Muslim) dalam (https://facebook.com/story.php?story_fbid=10218633755571943&id=1139212551) yang tidak bersetuju sebarang cadangan tindakan ke atas Dr. Kamarul atas faktor kebebasan akademik menyuarakan pandangannya selaras sebagai penganalisis politik semasa.

3. Paling ironinya pada 26 April 2021 baru saja Anwar memetik kata-kata hebat failasuf Voltaire yang melaungkan “I may disagree with what you say, but I will defend to the end your right to say it.” Hendak buang mana kata-kata itu saya bertanya kepada DS Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson? Ulasan Dr. Kamarul membandingkan impak dan cara gaya penyebaran makluman dua sumbangan motorsikal yang hampir sama kepada dua individu berlainan oleh dua orang public figure berlainan itu ada kesan yang jelas dan tidak bermaksud negatif atau rasis dan seumpamanya.

4. Begitu juga penglibatan YB Kasthuri (DAP/ Kristian) yang memberikan agihan zakat kepada penerima Muslim mendapat perhatian netizen yang kemudiannya mencemuh sifat kepura-puraan beliau dan nasihat daripada pihak Pejabat Agama Islam Negeri. Apapun laman FB beliau yang menyiarkan perkara ini telah dipadam serta-merta apabila mendapat kritikan dari netizen. Kenapa apabila ada bantahan ke atas isu-isu Islam dan kepentingan umat Islam, ada sahaja pihak tertentu yang kebetulan berada dalam unit politik Pakatan Harapan (PH) cepat melenting membuat tuduhan “rasis” dan “menghasut” (memang menghasut sebagaimana video kempen PRU14 oleh Rafizi Ramli seperti dalam (Usah terpengaruh ‘Jom Bina Semula Negara’ PKR).

5. Tetapi apabila Lim Kit Siang dan deretan politician PH dan NGO bukan Islam dan Melayu-Liberal beriya-iya benar pertahankan mendiang Beng Hock walhal keputusan inkues sudah diperolehi berbanding dengan kes arwah Adib, PH tidak pun dituduh rasis oleh orang Melayu? Begitu cepat juga Lim Kit Siang memanaskan suasana pertahan kes baru Ganapathy (Kes A. Ganapathy: Jangan buat andaian sendiri – Kosmo Digital) takda orang Melayu melatah tuduh dia rasis walhal sosok pengasas DAP itu memang terkenal memanipulasi fakta kiri dan kanan dengan konsep Malaysian Malaysia nya yang ternyata gagal sebagaimana pengakuan tokoh-tokoh Melayu yang pernah menganggotai DAP seperti Tunku Aziz dan Razali Abdul Rahman.

6. Peliknya kes Ganapathy ini begitu pantas dan bersungguh Penasihat Keadilan, DS Anwar Ibrahim membuat kenyataan media tetapi senyap sunyi apabila kes pembunuhan terhadap Allahyarham Adib, kita harus tahu ini bahawa arwah Adib adalah seorang kakitangan penjawat awam iaitu dalam pasukan penyelamat anggota BOMBA, bukan polis dan bukan juga tentera tetapi pasukan yang tidak menggunakan senjata yang boleh membunuh orang lain, tetapi malangnya arwah yang dibunuh. Kenapa sampai hari ini sepi, kenapa Parti Keadilan tidak bercakap tentang keadilan dalam kes arwah Adib, apakah kes Ganapathy lebih penting daripada kes Allahyarham Adib yang terang-terangan dibunuh?

7. Berlambak lagi kes tengah panas berkaitan isu-isu hina agama Islam (isu kalimah Allah, hina Nabi SAW dan undang-undang Syariah ditolak dalam kes LGBT), kes hina Raja-Raja Melayu termasuk sindiran ke atas DYMM Raja Permaisuri Agong, selain sebelum ini PH menghasut rakyat menghina YDPA kerana memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-7 yang sah. Dan itu belum lagi termasuk isu menghina Yang di-Pertuan Agong yang sampai hari ini masih belum tertangkap admin Sabah Sarawak Merdeka dan juga isu Encik Muhammad Sajjad yang dikatakan telah diketahui lokasinya oleh PDRM tetapi sampai hari masih lagi gagal ditangkap walaupun beberapa kali muncul dalam laman peribadi Instagramnya.

8. Akhirnya kita ingin bertanya bila lagi Uncle LKS hendak letak jawatan kerana Anwar gagal dinobatkan sebagai PM sepertimana laungan beliau berkali-kalinya semasa kempen PRU dan sebagainya? Ooo iya, sebelum mengundur diri: “Bang Non tak nak lepaskan jawatan ke sebagai Ketua Pembangkang setelah berkali-kali “salah/ tak cukup figures” nak jatuhkan kerajaan PN” – ramai netizen tak puas hati janji manis Anwar Ibrahim. Berkali-kali beliau bangga ada numbers, berkali-kali itu juga dimalukan, dan berkali-kali itu juga beliau tidak berasa menipu dan terus menipu atau beliau yang tertipu dengan tipuan si-penipu.

Haji Rashidi Haris
Ketua Aktivis MUAFAKAT

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button