Tempatan

Siapa PM9?: Agong & Raja-Raja Melayu Mesyuarat 2.30PM Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2021 – Seluruh negara hari ini akan tertumpu kepada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara, petang ini.

Inti pati perbincangan yang dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang ini terarah kepada pelantikan seorang Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri, selaras Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan, susulan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu.

Semalam, 114 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Ahli Parlimen Bebas datang menghadap Al-Sultan Abdullah secara berperingkat.

Dalam sesi menghadap itu, Yang di-Pertuan Agong mendengar sendiri sembah maklum sokongan Ahli Parlimen kepada calon Perdana Menteri dan mengesahkan akuan bersumpah (SD) mereka yang dihantar ke Istana Negara Rabu lepas.

Berdasarkan kenyataan parti-parti utama dan Ahli Parlimen sehingga semalam, nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan calon Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin, manakala PH kekal mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini menitahkan Perdana Menteri yang dilantik perlu mengemukakan segera usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan jawatan beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: