Antarabangsa

Siapa Benjamin Netanyahu, PM 6 Kali Negara Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 30 Disember 2022 – Benjamin Netanyahu, seorang ahli politik Israel yang sudah lama berkecimpung di dalam arena politik yang secara mesranya dikenali sebagai “Bibi”, telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi rejim haram aparteid Israel pada 29 Disember lalu.

Ini merupakan penggal keenam beliau dalam menjawat jawatan tersebut. Pentadbiran beliau yang terdiri daripada gabungan parti-parti ortodoks, kelompok ultranasionalis agama dan parti yang beliau wakili, Likud adalah merupakan gabungan yang bersifat garis keras dan paling beragama dalam sejarah Israel.

Netanyahu yang kini masih dalam perbicaraan bagi tuduhan rasuah, kini adalah perdana menteri paling lama berkhidmat di Israel.

Beliau dilahirkan di Jaffa pada 1949 sebelum dibesarkan di Jerusalem. Ibunya adalah seorang Yahudi kelahiran Israel yang bernama Tzila Segal manakala bapanya Benzion Netanyahu adalah seorang Yahudi sekular dari Poland.

Netanyahu menyertai tentera Israel pada 1967 dan tidak lama setelah itu dilantik menjadi ahli komando elit dengan pangkat kapten sewaktu berlakunya perang Arab-Israel 1973. Setelah itu pada tahun 1982, beliau dilantik sebagai timbalan ketua misi di kedutaan Israel di Washington dan dua tahun setelah itu, beliau dilantik pula menjadi wakil rejim haram aparteid Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 1988, beliau dilantik sebagai timbalan menteri luar di bawah kabinet Yitzhak Shamir. Pada 1993 beliau telah menjadi pengerusi parti Likud.

Beliau telah menjadi perdana menteri sejak 1996 sehingga 1999, seterusnya dari 2009 sehingga 2021 dan kini sekali lagi dilantik dengan jawatan yang sama walaupun berhadapan dengan beberapa tuduhan melibatkan penipuan, pecah amanah serta rasuah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: