Shanghai Cooperation Organization Tulang Belakang Dunia Multipolar – Putin
MOSCOW, 07 JULAI 2024 – Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shanghai Cooperation Organization (SCO) kini sedang berkembang dan menjadi pusat kuasa di dalam dunia yang sedang berevolusi menjadi multipolar.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Putin sewaktu beliau menghadiri satu sesi mesyuarat dengan Presiden China, Xi Jinping pada Rabu lalu di Astana, Kazakhstan.
Kini, keahlian SCO adalah bersamaan dengan 20 peratus daripada jumlah KDNK global. Kumpulan tersebut telah ditubuhkan pada 2001 oleh enam negara terawal iaitu China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Rusia, Tajikistan serta Uzbekistan.
Kini, ahli terbaru gabungan tersebut adalah Iran yang bertindak menyertai SCO pada tahun lalu, setelah India dan Pakistan yang lebih awal menyertai gabungan tersebut iaitu pada tahun 2017.
Putin turut menyatakan bahawa dengan perkembangan pengumpulan peserta SCO, pertubuhan tersebut telah “memperkasakan peranannya sebagai salah satu tiang utama bagi orde dunia multipolar yang adil”.
Beliau juga turut menyatakan bahawa Belarus juga bakal menyertai gabungan itu, yang bakal menjadikannya negara ke-10.
Kini terdapat 14 negara yang menjadi rakan dialog SCO tanpa menjadi ahli penuh, yang mana keahlian sebagai rakan dialog ini membolehkan peserta turut bersama dalam majlis-majlis khusus menerusi jemputan negara-negara berkeahlian penuh.