Tempatan

Lantang Mengkiritik Zahid, Annuar Dipecat Dari UMNO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Disember 2022 – Tan Sri Annuar Musa yang sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi sejurus selepas mesyuarat selesai.

Mohd Puad berkata, nada Presiden UMNO agak tegas berkenaan isu disiplin.

BACA JUGA: Pelampau Yahudi Gesa Wartawan Al Jazeera Diusir Keluar Israel

BACA JUGA: Tubuh Jawatankuasa Siasat Kartel Telur – CAP

BACA JUGA: CUACA BURUK: Hujan Lebat Berterusan & Banjir Sehingga Esok

“Presiden parti amat tegas mengenai isu disiplin dan beliau tidak akan sekali berkompromi dengan ahli yang burukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar.”

Sementara itu, Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meluahkan isi hati tersirat dipercayai berhubung pemecatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh dan ahli parti.

Menerusi laman Facebooknya, Annuar berkata, beliau kini hanya mampu melihat sebuah rumah pusaka yang terbakar.

Selain Annuar, dua lagi pemimpin UMNO dipecat keahliannya iaitu Ketua Wanita UMNO Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Fatimah pula adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: