Antarabangsa

Rusia Tidak Akan Hadiri Perjumpaan Nuklear Di Washington

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 22 Oktober 2022 – Rusia tidak akan lagi menghantar wakil bagi menyertai mesyuarat berkenaan tenaga nuklear yang akan dilangsungkan di Amerika Syarikat (AS), sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media Bloomberg.

Laporan Bloomberg itu dinukil daripada sumber Agensi Antarabangsa bagi Tenaga Atom (IAEA), di mana menurutnya, IAEA tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perubahan perancangan tersebut.

Wakil daripada agensi berkenaan menyatakan bahawa individu-individu utama dari syarikat tenaga negara Moscow, Rosatom serta penyelaras utama industri tersebut, Rostechnadzor telah digugurkan dari senarai pembentang.

Sebab mengapa keputusan tersebut diambil masih tidak dijelaskan berikutan IAEA masih belum menjelaskan sama ada wakil-wakil Rusia itu digugurkan atau memang mereka telah menarik diri secara sukarela.

Setakat ini masih tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh pihak Rosatom dan IAEA berkenaan lanjutan bagi isu ini.

Dilaporkan bahawa terdapat dua orang pegawai daripada AS yang membuat kenyataan bahawa kehadiran Rusia dalam mesyuarat tersebut adalah disifatkan sebagai “mimpi ngeri dalam diplomasi.”

Beberapa orang pembentang baharu telah ditambah dalam program tersebut termasuklah Setiausaha Tenaga AS Jennifer Granholm, Bill Gates serta beberapa pegawai nuklear dari Argentina, China, Afrika Selatan serta Poland.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: