Tempatan

Setelah Nurul Izzah, Kali Ini Tuduhan Babitkan Speaker Dewan Rakyat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PETALING JAYA, 3 Februari 2023 – Selepas pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan Perdana Menteri, kali ini timbul pula tuduhan yang membabitkan Speaker Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul.

Tuduhan berkenaan isu tersebut dibangkitkan oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang juga ahli Bersatu menerusi sebuah ciapannya di Twitter mempersoalkan tindakan Johari berhubung pelantikan anaknya sebagai pegawai tugas-tugas khas.

BACA JUGA: Muslim Haram Sambut Upacara Keagamaan Lain Agama, MAINJ Keluar Fatwa

BACA JUGA: Sejarah Hak Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu & Orang Melayu-Prof. Shamrahayu

BACA JUGA: Rancang Bom Makam Habib Noh, Remaja Ditahan ISA

Beliau mendakwa, nama penuh anak kepada Speaker Dewan Rakyat itu telah dipinda dalam direktori kakitangan dalam talian Parlimen di mana nama bapanya dipadamkan, kononnya untuk menutup kemungkinan hubungan antara keluarga Iqbal dengan Speaker.

“Awalnya dalam direktori staff ada tertera nama Mohamed Iqbal bin Johari sebagai PTTK (pegawai tugas-tugas khas),”

“Namun selepas Nurul Izzah kantoi dilantik penasihat Anwar, direkotori diedit bin Johari dipadam. Semua ada bin kecuali satu nama…kenapa?” soalnya.

Badrul turut menuntut penjelasan Johari berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, Johari menyangkal dakwaan berhubung pelantikan anaknya sebagai pegawai tugas-tugas khas.

“Tiada isu. Anak saya tidak dilantik ke mana-mana jawatan buat masa ini,” jelas Johari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: