Antarabangsa

Setelah Mogok Lapar, Pemimpin Pembangkang Senegal Masuk ICU

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SENEGAL, 19 OGOS 2023 – Seorang pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Ousmane Sonko telah dimasukkan ke unit rawatan rapi pada Khamis lalu, setelah hampir tiga minggu beliau mengambil tindakan mengadakan mogok lapar.

Mogok lapar tersebut dilakukan untuk membantah tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya oleh kerajaan Senegal.

Sonko telah ditahan di dalam pusat tahanan pada 31 Julai sebelum bermulanya proses perbicaraan di mana beliau berhadapan dengan dakwaan menyeru kebangkitan, konspirasi melawan kerajaan dan beberapa dakwaan jenayah lain.

BACA JUGA: Kos Bahan Binaan Bakal Meningkat Lagi

BACA JUGA: Tular 54K Warga China Dalam Proses Warganegara: Penjelasan KDN

BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC

Beliau telah dimasukkan ke dalam hospital sejak 6 Ogos kerana jatuh sakit berikutan kesan daripada mogok lapar yang dilancarkannya.

Setelah jatuh pengsan pada waktu malam, Sonko telah dikejarkan ke unit rawatan rapi di hospital yang sama, di mana beliau telah kembali sedar pada hari Khamis, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh jurucakap parti Patriot, sebuah parti pimpinan Sonko yang kini telah dibubarkan.

Sonko dikatakan telah menolak sebarang rawatan sejak lima hari sebelum kejadian tersebut dan pihak bersekutu menyatakan bahawa mereka telah cuba untuk memujuk Sonko untuk menukar fikiran namun gagal.

Tiga lagi individu yang ditahan bersama Sonko yang juga terlibat dalam mogok lapar yang dilancarkan itu kini turut berada di unit rawatan rapi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: