Tempatan

Sesiapa Sahaja Boleh Memberi Komen Tentang Hal Dalam Siasatan – Mohd Khairul Azam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2022 – “Sesiapa sahaja boleh memberi komen tentang hal dalam siasatan kerana ianya bukan satu kesalahan sepertimana larangan komen berkaitan perbicaraan kes mahkamah yang boleh menjurus kepada prosiding menghina mahkamah,” kata peguam, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bolehkah hakim memberikan komen tentang hal yang masih dalam siasatan, merujuk kepada kes Hakim Nazlan dan Majlis Peguam yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Persoalan di sini, sekiranya badan kehakiman bebas tanpa gangguan, tidakkah ia membuka ruang untuk korupsi kerana tiada check and balance.

Mohd Khairul Azam yang lebih dikenali dengan nama Buzze Azam berkata, kebebasan kehakiman tidak bermaksud mereka bebas melakukan apa-apa jenayah lain atas alasan kekebalan.

Jelasnya, ada batasan undang-undang berkaitan kebebasan kehakiman ini dan tindakan Hakim Nazlan membuat laporan polis sendiri menunjukkan beliau menyerahkan dirinya untuk disiasat.

Ditanya sama ada pernah berlaku kes sebegini sebelum ini, Buzze Azam berkata, ada, iaitu kes video Lingam correct correct correct.

Ketika diajukan soalan bolehkah seorang hakim mengeluarkan sokongan terhadap sesuatu isu yang masih di bawah siasatan atas kapasiti peribadi, Buzze Azam berkata, “Tiada larangan Hakim menyokong Hakim yang lain asalkan ianya bukan untuk mengganggu proses siasatan.”

Leave a Reply

Back to top button