Antarabangsa

Jangan Mengaku Progresif Kalau Masih Menyokong Kerajaan Aparteid Israel – Ahli Kongres US

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

VIRGINIA, 24 September 2022 – Ahli Kongres Amerika Syarikat, Rashida Tlaib menegaskan kepada semua pihak agar tidak mendakwa diri sebagai individu yang progresif jika masih menyokong kerajaan rejim haram aparteid Israel.

Rashida, berketurunan Palestin, mengatakan sedemikian semasa seminar dalam talian yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan keuntungan, Americans for Justice in Palestine Action (AJP Action) baru-baru ini.

Beliau berpendapat bahawa, seseorang individu tidak boleh disifatkan sebagai progresif jika mereka masih menyokong kerajaan rejim haram aparteid Israel.

“Kami akan terus menolak dan tidak menerima idea bahawa anda progresif kecuali untuk Palestin,” tegas beliau dalam seminar tersebut.

“Keperluan untuk menentang pemerintahan kerajaan rejim haram aparteid Israel adalah jelas. Jalan menuju kebebasan Palestin adalah panjang dan menggentarkan, kita mesti harunginya sampai habis. Kita berhutang bukan sahaja kepada rakyat Palestin, (tetapi) orang tertindas di seluruh dunia,” kata Rashida.

Kenyataan tersebut turut menerima kecaman beberapa pihak termasuk ahli parlimen AS yang menyifatkan beliau sebagai satu-satunya ahli Palestin yang antisemitik.

Walau bagaimanapun, AJP Action menyokong kenyataan ahli kongres itu menerusi ciapan di laman Twitter, “Ahli Kongres Rashida Tlaib betul: sokongan terhadap aparteid adalah bertentangan dengan nilai-nilai progresif. Sekiranya anda tidak dapat melaksanakan garis panduan mengenai jenayah aparteid terhadap kemanusiaan, maka prinsip moral anda rosak.”

Lapor agensi media Arab, Rashida mengeluarkan kenyataannya ini sebulan selepas rejim haram itu mengaku membunuh lima kanak-kanak dalam serangan pengeboman dahsyat di wilayah Gaza pada Ogos lalu walaupun pada mulanya mereka menyalahkan pejuang Palestin atas kematian tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: