Antarabangsa

Islamofobia: Negara Arab Kutuk Insiden Bakar Quran Di Denmark

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 28 Mac 2023 – Arab Saudi, Jordan, Kuwait dan Qatar pada Jumaat lalu telah bersama-sama mengutuk tindakan membakar al-Quran dan bendera Turkiye yang telah dilakukan oleh para pelampau Islamofobia di Denmark.

Gabungan negara Arab tersebut mengutuk tindakan tersebut sekeras-kerasnya dan menyatakan bahawa ianya adalah sebuah bentuk provokasi kebencian terhadap orang Islam, khususnya di bulan Ramadan.

BACA JUGA: PATI, Imigran, Pelajar Asing Lubuk Pegawai Korup – SPRM

BACA JUGA: Selepas Bandar Gah, Saudi Mula Operasi Penerbangan Khas NEOM Akhir 2024

BACA JUGA: Bukan Takat Kutip Duit, Along Mula Hina Islam! – PPIM

Kumpulan anti-Muslim yang bersifat “far-right”, Patrioterne Gar telah menayangkan secara langsung video di mana ahli-ahli mereka membawa kain-kain rentang yang tertulis mesej-mesej yang berunsurkan Islamofobia.

Mereka juga dilihat membakar sebuah naskhah al-Quran dan juga bendera Turkiye di hadapan Kedutaan Turkiye di Copenhagen.

Kementerian Luar Turki turut mengutuk perbuatan tersebut dan menyifatkannya sebagai “jenayah kebencian” serta menyatakan bahawa mereka sama sekali tidak akan menerima tindakan sedemikian sebagai satu bentuk kebebasan bersuara.

Kementerian tersebut turut menyeru agar pihak berkuasa Denmark mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dan seterusnya memastikan kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.

Wakil dari sebuah kementerian di Jordan menyatakan bahawa tindakan melampau itu dapat mencetuskan kebencian serta perkauman. Manakala Kementerian Luar Kuwait pula memberi amaran bahawa perbuatan membakar al-Quran itu dapat mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Qatar pula memberi amaran bahawa insiden terkini yang dilakukan oleh pihak pelampau tersebut menzahirkan “peningkatan ketegangan yang bahaya” bagi insiden-insiden yang mensasarkan orang Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: