Antarabangsa

Serangan Virus Langya Di Taiwan, 35 Positif

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIWAN, 10 Ogos 2022 –35 individu di wilayah Shandong dan Henan di Taiwan kini dijangkiti Langya henipavirus (LayV) lapor Pusat Kawalan Penyakit (CDC).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah CDC Taiwan, Chuang Jen-hsiang, 35 pesakit itu dikenal pasti tidak mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain dan menerusi pengesanan antara kontak rapat, tiada penularan virus dalam kalangan kenalan rapat serta keluarga.

Hasil siasatan mendapati, 26 daripada mereka mengalami simptom seperti demam, keletihan, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala dan muntah. Malah, mereka juga mengalami penurunan dalam sel darah putih, kiraan platelet yang rendah, kegagalan hati dan kegagalan buah pinggang.

Berdasarkan kajian A Zoonotic Henipavirus in Febrile Patients in China yang diterbitkan oleh The New England Journal of Medicine (NEJM), virus Langya merupakan sejenis Henipavirus yang dikelaskan sebagai patogen biokeselamatan tahap 4 (BSL4) dan boleh menyebabkan risiko yang tinggi terhadap haiwan dan manusia.

Kajian itu juga menunjukkan genom virus Langya adalah sama dengan Henipavirus yang lain dan berkait rapat dengan Mojiang Henipavirus yang pernah ditemui di selatan China.

Malah, berdasarkan kajian itu virus itu berkemungkinan besar tersebar menerusi haiwan kepada manusia dan tertumpu kepada haiwan jenis cencurut (tikus kasturi) berikutan RNA virus ini kebanyakannya ditemui pada haiwan tersebut.

Ia adalah berdasarkan keputusan ujian terhadap 25 spesies haiwan liar yang membawa kepada 27 peratus ke atas subjek tikus.

Wang Linfa, seorang profesor dalam Program Penularan Penyakit Berjangkit di Sekolah Perubatan Duke – NUS, berkata, terkini tiada sebarang kes maut atau serius yang melibatkan virus ini serta tiada kes penularan dari manusia ke manusia.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada vaksin mahupun rawatan bagi mengubati virus ini melainkan pengurusan komplikasi dan memberikan sokongan.

Sementara itu menurut Wang Xinyu, Timbalan Ketua Perubatan di Jabatan Penyakit Berjangkit Hospital Huashan kerjasama dengan Universiti Fudan, “COVID-19 tidak akan menjadi penyakit berjangkit terakhir yang akan menyebabkan pandemik kerana penyakit berjangkit baharu akan memberi kesan yang semakin besar terhadap kehidupan seharian manusia.”

Berikutan itu, pihak CDC Taiwan ketika ini sedang mewujudkan kaedah ujian asid nukleik bagi mengenalpasti dan melakukan pemeriksaan terhadap penyebaran virus berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: