Antarabangsa

Serangan Seksual Diraja: Putera Andrew Dibuang Keluarga Diraja Britain

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 15 Januari 2022 – Susulan skandal seks ke atas seorang wanita, Virginia Giuffre ketika wanita tersebut berumur 17 tahun, Putera kepada Ratu Elizabeth II, Putera Andrew telah dilucutkan daripada kerabat diraja Britain dan dilarang mencampuri urusan ketenteraan Britain.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pihak istana Buckingham sendiri susulan tekanan daripada pelbagai pihak yang mendesak, antara lainnya, supaya Putera tersebut dilucutkan daripada jawatan ketenteraan beliau.

Duke of York (Putera Andrew) tidak akan meneruskan sebarang tugasan rasmi dan akan mempertahankan dirinya dalam kes ini sebagai rakyat biasa,” ujar pihak istana seperti yang dilaporkan portal National Post.

Skandal seks tersebut tercetus apabila Virginia Giuffre mendakwa beliau dipaksa melakukan hubungan seks bersama Putera tersebut pada tahun 2001, ketika wanita tersebut baru berumur 17 tahun.

Putera tersebut, yang kini tidak lagi menyandang gelaran “His Royal Highness”, terpalit skandal yang berkait rapat dengan kes Jeffrey Epstein, individu yang didapati bersalah membekalkan perkhidmatan seks bawah umur kepada golongan atasan.

Sebelum ini terdapat kontroversi sama ada kes tersebut bakal dibicarakan di mahkamah ataupun tidak. Namun, setelah mahkamah Amerika memutuskan untuk mendengar kes tersebut, pihak istana tidak teragak-agak untuk melucutkan segala darjah kebesaran dan jawatan Putera tersebut.

Leave a Reply

Back to top button