Antarabangsa

Serangan Israel Terhadap Rafah Bukanlah Pencerobohan – AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 01 Jun 2024 – Jurucakap Majlis Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (AS), John Kirby telah mengeluarkan kenyataan bahawa AS sama sekali tidak akan menghentikan penghantaran senjata kepada Israel setelah serangan terbaharu rejim tersebut terhadap sebuah kem pelarian di Rafah.

Dalam kenyataan yang sama juga Kirby turut menambah bahawa AS tidak menganggap bahawa siri operasi rejim haram tersebut sebagai sebuah pencerobohan.

Sekurang-kurangnya 45 orang awam Palestin telah terbunuh sewaktu Israel bertindak mengebom Rafah pada Ahad lalu.

Ujar Kirby lagi, tiada sebarang polisi oleh AS terhadap Israel walaupun setelah berlakunya serangan Ahad itu. Beliau juga telah menyatakan bahawa pihak AS berminat untuk mengetahui hasil siasatan yang dijalankan oleh Israel berkenaan serangan tersebut.

Beliau turut menambah bahawa “tiada sebarang kayu ukur atau kuota” bagi menentukan berapa banyak kematian orang awam yang diperlukan untuk AS menghukum Israel.

Menerusi ucapan di parlimen pada Isnin lalu, Perdana Menteri Israel telah menyatakan bahawa serangan tersebut adalah “sebuah kesilapan tragis”, namun beberapa jam kemudian pihak ketenteraan Israel sekali lagi membuat serangan yang telah membunuh 16 orang lagi di kawasan yang sama.

Pada hari Selasa pula, sekali lagi pihak Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 21 orang awam di sebuah kawasan berdekatan dengan hospital PBB.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: