Antarabangsa

Serangan Di Kedutaan Iran, Duta UK Sekali Lagi Dipanggil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 21 November 2022 – Kementerian Luar Iran telah sekali lagi memanggil duta United Kingdom (UK) di Tehran, Simon Shercliff dalam membantah serangan ganas yang dilakukan baru-baru ini di kedutaan Iran di London.

Ini merupakan panggilan kali keempat yang telah dibuat oleh Kementerian Luar Iran terhadap duta British itu.

Menurut agensi berita rasmi Iran, IRNA, Pengarah Am Jabatan Protokol Kementerian Luar Iran telah mengingatkan duta British tersebut mengenai tanggungjawab UK sebagaimana yang telah termaktub pada Persidangan Vienna mengenai Hubungan Diplomasi 1961 serta Persidangan Vienna mengenai Hubungan Konsular 1963.

Pegawai Iran tersebut kemudiannya menyampaikan kepada wakil British tersebut mengenai protes mereka terhadap serangan tersebut mengaitkannya dengan ketidakupayaan serta ketidakcekapan pihak polis UK dalam menghalangnya daripada berlaku.

Sebelum ini, sebuah kumpulan telah melakukan serangan ganas terhadap bangunan kedutaan Iran di London serta telah membuat penghinaan kepada bendera negara republik tersebut.

Berikutan kejadian terbabit, duta British secara peribadi telah menzahirkan kekesalan beliau mengenai insiden tersebut serta menyatakan bahawa beliau akan menyampaikan protes daripada pihak Iran ke London.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: