Antarabangsa

Serangan ‘Berdarah’ Rafah: Israel Bedil Pusat Pemindahan, Puluhan Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAFAH, 27 Mei 2024 – Sekurang-kurangnya 35 terbunuh serta puluhan cedera selepas rejim haram apartheid Israel melakukan serangan udara ke atas pusat pemindahan penduduk di berhampiran bandar Rafah di wilayah Palestin, semalam, kata pejabat media Kerajaan Gaza seperti yang dilaporkan sebuah agensi berita Timur Tengah.

Serangan tersebut dikatakan berlaku di kawasan kejiranan Tel al-Sultan di barat Rafah di mana ribuan orang berlindung selepas ramai yang melarikan diri dari kawasan timur bandar berkenaan di mana tentera rejim haram apartheid Israel memulakan serangan darat sejak dua minggu lalu.

Menurut laporan yang sama, serangan udara itu dikatakan berlaku hanya dua hari selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan negara haram Israel untuk “segera menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah”.

“Pendudukan Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan dengan mengebom secara intensif dan sengaja pusat pemindahan Barkasat UNRWA di barat laut wilayah Rafah,” kata pejabat berkenaan dalam satu kenyataan yang merujuk kepada agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pada itu, pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri turut menyifatkan serangan di Rafah sebgai “pembunuhan beramai-ramai” sekali gus menjadikan Amerika Syarikat bertanggungjawab dalam membantu Israel dengan senjata dan wang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: