Separuh Warga Rusia Makin Kurang Minat Dengan Jenama Barat
RUSIA, 20 Februari 2023 – Sebuah undian yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan NielsenIQ telah menunjukkan bahawa hampir separuh daripada warga Rusia telah berjaya mendapatkan barangan tempatan bagi penggunaan mereka dalam menggantikan barangan luar.
Hasil penyelidikan tersebut yang telah dilaporkan oleh RIA Novosti pada Rabu lalu itu telah menyatakan bahawa 47 peratus daripada warga Rusia telah bertukar sepenuhnya kepada barangan tempatan, atau telah mula membeli barangan tempatan dengan lebih kerap.
BACA JUGA: Kerajaan Madani Digesa Perketat Undang-Undang Jenayah Liwat
Manakala satu per tiga daripada responden undian tersebut didapati tidak menukar cara pemilihan mereka dan terus membeli barangan daripada jenama-jenama yang mereka telah gunakan sebelum tahun 2022.
Adapun 17 peratus lagi daripada keseluruhan reponden pula telah menyatakan bahawa mereka telah bertukar kepada jenama lain namun masih daripada kategori jenama luar.
BACA JUGA: Tambah Jawatan Dalam Mahkamah Syariah Supaya Setaraf Mahkamah Sivil – Aminuddin Yahaya
Para responden telah menyatakan beberapa sebab bagi mereka bertukar kepada jenama tempatan. Lebih separuh daripada mereka berkata bahawa mereka bertindak sedemikian bagi menyokong pengeluar tempatan.
20 peratus daripada para responden yang bertukar kepada jenama tempatan menyatakan bahawa mereka tidak dapat mencari produk luar yang berada dalam kadar harga yang berpatutan. Manakala 10 peratus lagi menyatakan bahawa mereka tidak berjumpa barangan luar yang mempunyai ciri-ciri dan mutu yang mereka inginkan, namun mereka menjumpai mutu dan ciri-ciri tersebut pada barangan keluaran tempatan.
BACA JUGA: Tular Kes Buang Al-Quran, Polis Buka Siasatan
Jenama-jenama Barat telah mengumumkan pengunduran barangan mereka daripada pasaran Rusia setelah bermulanya operasi ketenteraan Rusia di Ukraine. Sekitar 1,400 buah syarikat telah keluar dari pasaran Rusia pada tahun lalu yang mana ianya terdiri dari pelbagai sektor.
Walaupun tindakan tersebut dibimbangi akan menjejaskan ekonomi Rusia, namun ianya terbukti telah meningkatkan pembangunan dalam industri-industri tempatan.