Tempatan

Separuh Bogel Pakai Songkok, Menteri Agama Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang memakai songkok tetapi berpakaian separuh bogel di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) baru-baru ini.

Hal ini supaya perkara ini dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

“Masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum usah dibuat bahan mainan,” tegas beliau dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan semua pihak agar tidak berperilaku yang melanggar ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila.

“Pastikan untuk sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan,” kata Datuk Idris Ahmad.

Baru-baru ini, pengguna media sosial dikejutkan dengan penampilan dari seorang pereka fesyen yang tampil di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) dengan memakai songkok tetapi berpakaian separuh bogel.

“Songkok ialah aksesori kepala budaya formal, bukan sepenuhnya penutup kepala agama yang hanya dipakai untuk solat orang Islam. Saya tak pakai songkok dengan seluar dalam yang seksi atau mendedahkan mana-mana bahagian sensitif badan saya yang boleh tunjukkan kebogelan (nudity),” jelas pereka fesyen Behati, Khai Kel Wen susulan kritikan orang ramai terhadap penampilannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: