NGO

Sentimen Melayu Ketua Menteri Pulau Pinang, Satu Retorik Politik – Dr Amir Hamzah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 – Isu pelantikan Ketua Menteri di kalangan orang Melayu yang dijadikan sentimen baru-baru ini adalah bersifat retorik dan tidak lari dari sentimen perkauman dalam arena politik Malaysia. Demikian menurut Dr Amir Hamzah bin Abdul Rajak, Setiausaha Agung Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) ketika mengulas isu yang tular baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan bahawa politik di Malaysia masih belum boleh dipisahkan dari bersifat perkauman, kerana masih ada keperluan untuk sesebuah parti politik mewakili sesebuah kaum.

Ujarnya, orang Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia dan saya tidak fikir orang Melayu akan menerima sebuah parti yang bukan Melayu untuk mewakili mereka.

“Orang Melayu mahukan sebuah parti yang bersih dan dapat membangunkan orang Melayu dan Malaysia,” katanya.

Ditanya kenapa agaknya parti politik yang kononnya mesra Melayu, tiada perkauman dan sebagainya seolah-olah mempunyai sentimen tidak elok kepada Melayu?

Dr Amir Hamzah menjelaskan mesra Melayu bukan bererti mendapat sokongan Melayu atau membantu orang Melayu semata-mata.

“Suka saya bertanya, apakah mereka ini mesra Melayu tapi pada masa yang sama menolak ketuanan Melayu, menghina Institusi Raja-Raja Melayu, nak jadikan Malaysia republik, menghina agama Islam secara berterusan?”

“Ini jelas bukan mesra Melayu. Ini cubaan memperdaya orang Melayu,” tegasnya.

Persoalannya, bukankah isu yang dipermainkan ini membuktikan lagi bahawa modal perkauman terus menjadi teras kepada kempen parti yang mendakwa mereka perjuangkan dasar sama rata untuk semua bangsa?

Dr Amir Hamzah berkata, kita perlukan sebuah kerajaan yang telus, cekap, berintegriti, memahami keperluan rakyat dan turut sama merasa keperitan yang ditanggung rakyat dan berusaha mengatasinya.

Jelasnya, kita tidak boleh mengaplikasikan dasar sama rata untuk semua kaum buat masa ini kerana masih terdapat jurang perbezaan yang ketara wujud antara kaum di Malaysia.

“Orang Melayu masih perlukan pembelaan yang sewajarnya, masih perlukan bantuan, sokongan dan dokongan, namun adalah perlu untuk adil kepada semua kaum yang turut menjadi sebahagian dari Malaysia,” ujarnya.

Beliau berpandangan, Gerakan Tanah Air (GTA) adalah sebuah gabungan terdiri dari parti-parti politik Melayu Islam, Badan Bukan Kerajaan (NGO), individu-individu profesional yang mendokong aspirasi membantu kaum Melayu dan Islam tanpa sedikit pun menidakkan hak kaum-kaum lain di Malaysia.

“GTA tampilkan politik bersih, berintegriti dan adil kepada semua,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: