Antarabangsa

Sengaja Panjangkan Krisis Yaman, AS Dituduh Buat Untung Jual Senjata

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAMAN, 24 Februari 2023 – Pemimpin bagi pergerakan penentangan Ansarullah telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat (AS) sengaja memanjangkan krisis kemanusiaan di Yaman bagi mengambil keuntungan yang besar daripada penjualan senjata.

Menurutnya, AS membuat keuntungan yang besar daripada perniagaan senjata yang dilakukannya dengan Arab Saudi dan sekutu-sekutu negara tersebut.

BACA JUGA: AUKU Kekal – Menteri KPT

Abdul Malik al-Houthi, pemimpin bagi pergerakan Ansarullah itu membuat kenyataan demikian pada Khamis lalu sewaktu orang ramai menghadiri sebuah majlis di bandar Sana’a bagi memberi penghormatan terahkir kepada mantan pengerusi Sidang Politik Tertinggi Yaman, Saleh al-Sammad.

BACA JUGA: Agensi Maritim Selangor Masih Mencari Nelayan Hilang

Menurut Abdul Malik, AS telahpun membuat keuntungan yang sangat besar daripada penjualan senjata tersebut. Para pemimpin AS juga memang berniat untuk menjadikan Yaman sebagai “vassal state” untuk menjadikan Yaman di bawah kawalan mereka.

Menurut Abdul Malik,

“Mereka memang sama sekali tidak mempunyai niat yang baik”.

BACA JUGA: Minyak Sawit: Tingkatkan Usaha Kekang Kempen Negatif Media Barat

Abdul Malik turut menambah bahawa AS terus menerus menganggu sebarang usaha yang dilakukan oleh Kesultanan Oman dan lain-lain pihak yang inginkan keamanan dan kestabilan di Yaman. Beliau selanjutnya mengatakan,

“AS, Britain, dan Emiriah Arab Bersatu perlu untuk mengambil komitmen terhadap sebarang persetujuan pada masa akan datang. Rizab semulajadi Yaman telahpun dikuasai oleh kelompok yang diterajui oleh Saudi, dan telah bertanggungjawab merampas hasil jualan orang Yaman”.

Abdul Malik turut menambah bahawa AS telah mengarahkan kempen ketenteraan yang dahsyat terhadap Yaman dan Riyadh dan Abu Dhabi adalah pihak yang menurut dan menjalankan perintah AS dalam hal ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: