Antarabangsa

Sengaja Cipta Krisis Palsu? Rusia Bukan Punca Kemelut Makanan Dunia – Latypov

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

“Ini adalah propaganda Barat semata-mata, mereka sering menyalahkan Russia untuk semua perkara…”

Duta Besar Rusia di Malaysia, Naiyl M. Latypov menafikan tuduhan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), yang mendakwa Rusia sebagai punca krisis makanan global.

Menurut beliau, masalah bekalan makanan sememangnya sudah lama membelenggu masyarakat dunia malah PBB juga pernah memberi amaran mengenainya sejak 2019 lagi.

Krisis mula meruncing tatkala dunia dilanda COVID-19 di mana semua rantaian logistik terpaksa diberhentikan.

Keadaan ini mendorong kenaikan indeks harga makanan (FFPI) FAO yang menunjukkan peningkatan 50% sejak 2019 dan 2022.

Justeru, Latypov menegaskan tidak adil untuk menyalahkan Rusia atas situasi berkenaan.

Hal ini disokong data Bursa Saham 2021 di mana harga komoditi gandum naik sebanyak 25 peratus. Malah pada Februari lalu, harga gandum mencecah sehingga 62 peratus lebih tinggi berbanding purata lima tahun sebelumnya.

Rusia Tidak Larang Ukraine Eksport Gandum

Berbicara mengenai isu yang menimbulkan pelbagai spekulasi ini, Latypov berpendapat Ukraine sengaja ingin mencipta ‘Krisis Makanan Palsu’ demi memburukkan Rusia.

Ukraine sebenarnya sukar untuk mengeksport gandum berikutan keadaan geografi pelabuhan yang dipenuhi oleh periuk api yang diletakkan oleh tentera negara itu sendiri.

Lapor Utusan Malaysia, Ukraine berpeluang untuk mengeksport barangan pada bila-bila masa sekiranya mereka mengeluarkan semua periuk api tersebut ataupun melalui Belarus dengan kos jauh lebih murah berbanding menghantarnya ke Eropah.

Adakah Rusia Turut Terancam Dengan Sekatan Ekonomi Oleh Kesatuan Eropah Dan Negara Barat?

Latypov menzahirkan bahawa Rusia hanya bergantung pada kekuatan sendiri dan rakan kongsi sehingga berjaya menjadi antara negara perngeluar pertanian utama di dunia.

Duta Rusia itu kemudiannya mengakui mereka telah lama hilang kepercayaan terhadap negara-negara Barat lain.

“Rusia telah hidup dalam ‘rejim sekatan’ dalam tempoh masa yang lama. Kami hilang kepercayaan terhadap rakan-rakan dari Barat sejak sekian lama.”

“Sejak itu, kami mula bergantung pada kekuatan sendiri, terhadap kenalan dan hubungan dengan rakan kongsi yang boleh dipercayai sehingga menjadi sebuah negara pertanian utama,” kata Latypov.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: