Tempatan

Tragedi Kepala Air Baling: Petani Hilang Punca Rezeki

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALING, 28 Julai 2023 – Kerosakan tanaman dan tanah pertanian di Kampung Bukit Iboi akibat tragedi kepala air dan banjir lumpur masih tidak diselesaikan.

Menurut Ketua Unit Peladang kawasan itu, Abdul Wahab Samah, seramai 18 peserta terjejas apabila lebih 34 hektar tanah sawah tidak dapat diusahakan kerana mendapan tanah lumpur yang dihanyutkan oleh arus sungai sehingga menenggelamkan petak-petak sawah.

BACA JUGA: Pilihan Raya: Bayaran Tiket Bas, Ole-Ole, Satu Kesalahan – SPRM

BACA JUGA: PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM

BACA JUGA: KTM Perkenal Sistem Baharu, Jualan Tiket Setiap 30hb

Dedahnya, para petani ini mengalami kerugian besar dan sejak itu mereka tidak lagi menanam padi sehingga menyebabkan tanah sawah terbiar itu dipenuhi semak samun.

“Lebih setahun kami tidak dapat menjana pendapatan sendiri melalui pertanian kerana kami memerlukan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk bangkit semula kerana kami bukanlah orang berduit.”

“Sehingga sekarang, ada juga beberapa kali mereka datang untuk lihat dan berjanji untuk membantu, tetapi tiada apa-apa yang kami terima, semuanya sepi seribu bahasa sehinggakan kami sudah serik dan tidak mahu berharap lagi kerana kecewa,” katanya.

Menurutnya, masalah petak sawah yang ditenggelami tanah merah ini sebenarnya bermula sejak 2019 lagi apabila air Sungai Iboi mulai keruh akibat projek tanaman Musang King dan projek Felcra di Gunung Inas.

“Jika sebelum ini, air sungai yang memasuki petak sawah adalah jernih dan sedikit keruh apabila hujan tetapi apabila berlaku beberapa projek tarahan bukit di Gunung Inas, air sungai mulai keruh dan penuh dengan lumpur yang merosakkan tanaman padi,” luahnya.

Katanya, ramai petani termasuk dirinya beralih ke tanaman lain seperti pisang, jagung dan sebagainya untuk mencari rezeki tetapi malangnya keseluruhan tanaman itu turut musnah sama sekali akibat banjir kepala air yang berlaku setahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: