Antarabangsa

Senator AS Mahu Hagia Sophia Tukar Menjadi Muzium

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PENNSYLVANIA, 14 November 2022 – Senator AS yang baru, John Fetterman menyatakan hasratnya untuk menukarkan Hagia Sophia Istanbul kembali menjadi muzium.

Kenyataan Fetterman pada Oktober lepas itu kembali hangat setelah dia berjaya mengalahkan calon asal Turki, Mehmet Oz, dalam Pilihan Raya Senat Amerika Syarikat di Pennsylvania pada Selasa lalu.

Dalam kenyataan itu, dia mendakwa Turki melanggar hak kebebasan beragama dan mengkritik batasan yang dikenakan terhadap Patriarch Ekumenikal Bartholomew, Ketua Gereja Ortodoks Yunani.

“Saya sedar layanan Turki terhadap Patriark Ekumenikal, dan saya sangat menyokong ketegasan Presiden Biden dan Setiausaha Blinken dalam menyokong kebebasan beragama bagi minoriti agama di rantau ini,” katanya.

Dia juga berhasrat untuk mengembalikan ‘harta rampasan’ kepada gereja, membuka semula Seminari Halki, dan tidak membiarkan Turki mengganggu pemilihan pengganti patriark.

“Saya berharap dapat menyokong komuniti Kristian Ortodoks dalam perjuangan ini dan mempromosikan tindakan bersama di kalangan semua pemimpin agama.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: